Tuesday 28 June 2011

Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (part 1)

HARAPAN KERAJAAN 

“PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI AKAN DAPAT MENGAWAL DARIPADA ANCAMAN PELBAGAI BENTUK RASUAH DAN PENYELEWENGAN KUASA”

“MELAKSANAKAN AKTIVITI PENGGALAKAN, PENERAPAN SERTA PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI DAN ETIKA BAGI MEMPERKUKUHKAN TAHAP INTEGRITI PEGAWAI DAN STAF DI JABATAN BERKENAAN”
                              ARAHAN YAB PM -TAHUN 1998



 MATLAMAT KERAJAAN

"MEWUJUDKAN PENTADBIRAN KERAJAAN DAN PERKHIDMATAN AWAM YANG CEKAP, BERDISIPLIN SERTA MEMPUNYAI INTEGRITI YANG TINGGI DENGAN PENINGKATKAN AMALAN NILAI-NILAI MURNI, DISAMPING BERUSAHA MENGATASI MASALAH DAN KELEMAHAN TERUTAMANYA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN, PENTADBIRAN AWAM, PENGENDALIAN KES-KES TATATERTIB, RASUAH, PENYALAHGUNAAN KUASA DAN PENYELEWENGAN YANG DITEGAH OLEH PERATURAN, PERUNDANGAN DAN AGAMA”



PENGHAYATAN NILAI DAN ETIKA PA 

Beberapa dasar/pekeliling dikeluarkan agar nilai dan etika perkhidmatan awam dihayati,contoh:

..Teras Perkhidmatan Awam
..Tonggak 12 Perkhidmatan Awam
..Dasar Pandang ke Timur
..Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran
..Kepimpinan melalui teladan
..Gerakan Budaya Kerja Cemerlang
..Pengurusan Kualiti dan Anugerah Kualiti
..KonsepPerkhidmatanCemerlang


TUJUAN NILAI DAN ETIKA PA
..Meninggikan mutu perkhidmatan awam
..Memelihara kepercayaan awam
..Memupuk tanggungjawab bersama
..Mewujudkan suasana sihat dan cekap
..Mengeratkan hubungan sesama kakitangan
..Membentuk sikap dan pembawaan yang bersesuaian dengan Rukun Negara


SEBAB NILAI/ETIKA PA PERLU
..Permintaan perkhidmatan awam meningkat
..Curiga atas kemampuan perkhidmatan awam
..Azam kerajaan untuk meningkatkan imej dan mutu perkhidmatan awam
..Faktor lain ( persaingan globalisasi, ancaman keselamatan, kemerosotan ekonomi, gejala sosial, dll)


KEPENTINGAN NILAI/ETIKA PA
..Menentukan arah dan memberi makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkah laku bagi memenuhi tanggungjawab / amanah
..Memberi penyatuan dan penyelarasan diantara anggota perkhidmatan awam sebagai institusi utama pembangunan tamadun
..Merupakan standard bagi mendorong anggota dengan ikhlas dan berkesan


DEFINASI NILAI
..Kehendak dan keinginan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan berasaskan norma-norma utama,
..Meliputi perilaku dan amalan masyarakat

DEFINASI ETIKA
..Tanggungjawab dan tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat / pelanggan.


NILAI MURNI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
..Amanah
..Bertanggungjawab
..Bekerjasama
..Dedikasi
..Tekun
..Berdisplin



NILAI DAN ETIKA KERJA DALAM  PERKHIDMATAN AWAM

1. Nilai Peribadi Asas: Amanah, Berdedikasi, bertanggungjawab, Bersih, bekerjasama, sederhana
2. Nilai Yang Mengutamakan Pelanggan: berbudi mulia, bersabar, sopan santun, peramah
3. Nilai Kepimpinan: Adil, Berani, Syura
4. Nilai-nilai Profesionalisme: Berilmu, kreativiti, inovasi, integriti, neutraliti, akauntabiliti, kejujuran intelektual, berkecuali
5. Nilai Produktiviti/ Kualiti: Produktiviti, Kualiti
6. Nilai Keagamaan: Bersyukur, Beriman, bertaqwa


TERAS PERKHIDMATAN AWAM ( PERKHIDATAN CEMERLANG)

1. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab
3. Berusaha mengikis sikap pentingkan diri
4. Berkhidmat dengan muhibbah  /kemesraan
5. Bekerja kearah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
6. Bersama membanteras kelemahan/ musuh
7. Berpegang teguh kepada ajaran agama


1. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
.. Tingkatkan kemahiran menerusi latihan, pembacaan, menghadiri seminar/ bengkel
.. Sendiri mengatasi kelemahan diri
.. Menyumbang kepada meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan
.. Memupuk sikap kreatif dalam kerja
.. Mencari pembaharuan/ pemodenan dalam sistem kerja dan pengurusan

2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab
.. Menghayati spesifikasi kerja
.. Sumbangan tenaga yang lebih
.. Mencapai tingkat semaksima yang boleh
.. Menepati janji dalam bertugas/ ikrar
.. Memecahkan masalah tanpa arahan
.. Menyelesaikan masalah dengan cepat
.. Menghadapi tugas harian dengan dedikasi

3. Berusaha mengikis sikap pentingkan diri
.. Tindakan selaras dengan cita-cita negara
.. Bukan untuk keuntungan sendiri
.. Hapuskan sifat sombong/ bongkak
.. Gunakan kuasa dan wang dengan saksama dan cermat
.. Berkomunikasi dengan berkesan

0 comments:

Post a Comment