Saya dpt ni dr internet...harap berguna as a ref. tp xsure la bpe ari kursus tu...ni mungkin format yg lama punya..kalau ada perubahan pun mungkin sedikit aje...
Tahap 1
Kursus PTD Unggul (10Hari)
Tahap ini adalah tahap yang paling asas dalam perkhidmatan seseorang PTD di mana apabila sahaja mereka menerima tawaran perlantikan daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) maka kehidupan mereka akan dimulakan dengan modul kursus PTD Unggul. Modul pertama ini dilaksanakan di Kampus-kampus INTAN yang terpilih dan dilaksanakan selama 10 hari. Unggul secara umumnya adalah sesuatu yang bermaksud tersohor, terbilang atau something beyond ordinary.
Perkhidmatan PTD sebagai perkhidmatan utama dan pemimpin perkhidmatan awam memerlukan penjawatnya mempamerkan budaya kerja unggul supaya kepimpinan yang diberikan adalah berkesan, memenuhi kehendak dan keperluan negara serta mampu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang mendatang. Justeru itu, objektif modul ini adalah untuk;

i) mempertingkatkan kesedaran para peserta dengan nilai-nilai murni demi kecemerlangan diri, organisasi dan negara;
ii) memupuk pengetahuan para peserta tentang aspirasi dan hasrat stakeholders terhadap perkhidmatan awam yang unggul pada masa hadapan; dan
iii) memdedahkan para peserta kepada sistem pembelajaran bersepadu merangkumi aspek jasmani mental dan rohani bagi melahirkan insan yang seimbang.
Penyumbang input kepada modul ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Pada pengakhiran modul ini, para pegawai PTD lantikan baru ini pastinya akan berdebar-debar kerana pada masa inilah mereka akan mengetahui penempatan masing-masing di Kementerian-kementerian atau Jabatan-jabatan sama ada di Persekutuan mahupun Negeri. Maka di sini bermulalah tahap kedua dalam kehidupan mereka sebagai seorang PTD muda.
Tahap 2
Penempatan di Agensi (6 Bulan)
Pada tahap ini seseorang PTD muda akan ditempatkan selama 6 bulan di Kementerian-kemeterian atau Jabatan-jabatan untuk mereka mendapat pendedahan peranan dan fungsi PTD secara keseluruhannya. Sebagai peneraju perkhidmatan awam, mereka perlu sedar akan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin, penggubal dan pelaksana dasar-dasar negara serta penasihat kepada kerajaan kelak. Semasa penempatan ini mereka akan dilatih secara on job training dan mereka, seperti mana rakan-rakan sejawat PTD yang lain akan ditempatkan di mana-mana Bahagian atau Cawangan di Kementerian-Kementerian atau Jabatan-jabatan persekutuan dan negeri.
Tahap 3
Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) (6 Bulan)
Pada tahap ini seseorang PTD muda akan dipanggil untuk mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama 6 bulan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Kampus Utama Bukit Kiara. Kursus ini perlu diikuti tanpa gagal kerana ia adalah syarat utama bagi tujuan pengesahan dalam jawatan mereka. Sebagaimana kursus induksi yang diwajibkan kepada skim-skim perkhidmatan yang lain, DPA ini juga boleh diambilkira sebagai satu kursus pengenalan kepada perbagai bidang yang merangkumi fungsi dan peranan
PTD.
•Melahirkan pegawai PTD yang bertrampilan dan mampu menghasilkan prestasi yang berkualiti dengan produktiviti yang tinggi melalui amalan budaya kerja cemerlang;
•Membentuk pegawai PTD yang sentiasa peka kepada kehendak- kehendak pelanggan, memiliki nilai-nilai humanistik, berhemah tinggi, berbudaya (cultured dan berdisiplin serta mengamalkan kerjasama berpasukan yang berkesan;
•Melahirkan pegawai PTD yang patuh kepada agama, taat-setia kepada bangsa dan negara, bangga terhadap perkhidmatannya serta memahami dan mendokong dasar-dasar pembangunan negara; dan
•Melahirkan pegawai PTD yang berfikiran global dan berupaya menangani perubahan persekitaran yang dinamik.
Pendekatan kursus DPA ini terbahagi kepada dua:
•Latihan akademik
•Latihan bukan akademik
Latihan akademik adalah latihan yang berbentuk ilmiah dalam bilik kuliah, termasuklah sesi ceramah daripada fasilitator INTAN atau wakil daripada Kementerian atau Jabatan yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. Biasanya sesuatu latihan akademik ini akan diakhiri dengan peperiksaan ataupun pembentangan tugasan, kertas renungan ulasan buku dan sebagainya. Antara modul teras yang diajar termasuklah pengurusan ekonomi dan projek, kewangan, pentadbiran daerah, tanah dan PBT, kepimpinan, hubungan luar
dan komunikasi.
Latihan bukan akademik menjadi pilihan kepada majoriti PTD muda. Latihan ni bersifat peningkatan disiplin, ketahanan fizikal, mental, rohani dan spiritual melalui pembelajaran luar bilik kuliah. Melalui pendekatan ini, peserta kursus DPA akan menjalani latihan lasak antaranya modul ketahanan diri dan disiplin di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) dan di Maktab Polis Di Raja Malaysia, Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat serta di Outward Bound School di Lumut. Latihan lasak ini adalah khusus untuk pembentukan sahsiah
diri (character building) dan peningkatan tahap disiplin yang tinggi.
Kedua-dua elemen ini sangat penting ke arah pembentukan seseorang PTD yang super. Disiplin juga merupakan satu perkara yang amat dititikberatkan semasa berkursus.
Selain daripada itu juga beberapa subjek lain seperti etika sosial, protokol, pengucapan awam, lawatan sambil belajar, event management, sukan dan sebagainya turut dimuatkan dalam latihan bukan akademik ini.

Tahap Empat
PTD Training Roadmap (Semasa Berkhidmat)
Tahap empat adalah satu tahap di mana ia akan dilaksanakan selepas PTD muda menamatkan kursus DPA dan pulang ke Kementerian atau Jabatan masing-masing. Berasaskan kepada konsep continuous learning maka daripada masa ke semasa, mereka ini akan dipanggil untuk mengikuti siri kursus yang dikenali sebagai PTD Training Roadmap Gred M41. Pencalonan ke kursus ini akan ditentukan oleh JPA. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kompetensi dan kepakaran PTD dalam bidang-bidang khusus seperti meliputi bidang-bidang seperti berikut;
•Penulisan kertas cadangan dan laporan berkualiti
•Komunikasi dan interpersonal skills
•Pengurusan kewangan dan akauntabiliti
•Pengursan dasar sektor awam
•Pengurusan sumber manusia di sektor awam
•Perancangan dan pengurusan projek
•Strategic thinking skills
•Research methodology
•Pentadbiran tanah.
(sumber> PTD portal)
0 comments:
Post a Comment