Monday 6 June 2011

Sektor Awam

copy paste dari> http://myjusa.blogspot.com/

Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan, Anggota Perkhidmatan Awam adalah terdiri daripada :

(a) Angkatan Tentera;
(b) Perkhidmatan Kehakiman Dan Undang-Undang;
(c) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan;
(d) Pasukan Polis;
(e) Perkhidmatan Awam bersama;
(f) Perkhidmatan Awam Tiap-tiap Satu Negeri; dan
(g) Perkhidmatan Pelajaran.

Perkhidmatan Awam di Malaysia terdiri daripada 1.2 juta kakitangan (setakat 30 Jun 2006) secara keseluruhan. Di dalam sekor awam tiga kategori perjawatan secara umumnya iaitu Pengurusan Tertinggi, Pengurusan & Profesional, dan Sokongan. Kumpulan Sokongan merupakan kumpulan yang paling ramai iaitu seramai 887,000 kakitangan diikuti dengan kumpulan Pengurusan & Profesional (254,000) dan Pengurusan Tertinggi (1,729).

Sektor Awam juga terbahagi kepada 20 Klasifikasi Perkhidmatan di mana di dalam 20 klasifikasi perkhidmatan ini terdiri daripada 290 kumpulan perkhidmatan. Sebagai contoh perkhidmatan Sains (C), terdiri daripada Galian, Kimia Bumi, Alam Sekitar, Sains, Kaji Bumi, Kaji Cuaca, Makmal Filem dan Pemakanan. Bagitu juga dengan lain-lain klasifikasi perkhidmatan di mana ianya terdiri daripada berbagai-bagai kumpulan perkhidmatan.


Senarai skim penjawat awam di Malaysia

Sama ada anda sedar atau tidak, berikut disenaraikan penjawat-penjawat awam mengikut skim perkhidmatan masing-masing.

Perkhidmatan Pengangkutan (A)
(Juruterbang, arkitek laut, pegawai laut, pemandu lokomotif dll.)

Perkhidmatan Bakat dan Seni (B)
(Pegawai kebudayaan, ahli muzik, ahli fotografi, pereka jurusolek dll.)

Perkhidmatan Sains (C)
(Pegawai kaji cuaca, kaji bumi, pegawai sains, pembantu makmal dll.)

Perkhidmatan Pendidikan (DG, DGA, DM, DS, DU, DUG)
(Pensyarah universiti, guru dll)

Perkhidmatan Ekonomi (E)
(Pegawai ekonomi, pengajar kraf)

Perkhidmatan Sistem Maklumat (F, FT)
(Pegawai system maklumat, juruteknik komputer, operator mesin prosesan data.)

Perkhidmatan Pertanian (G)
(Pegawai pertanian, perikanan, hidupan liar, dll.)

Perkhidmatan Kejuruteraan (J)
(Arkitek, jurutera, juruukur, pemeriksa kilang dan jentera, pegawai latihan vokasional (terbaru) dll.)

Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam (KB, KP, KR, KX)
(Pegawai keselamatan, Bomba, penjara. Siasatan, imigresen, dll.)

Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman (L, LS)
(Pegawai syariah, undang-undang, jurubahasa.)

Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (M)
(PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK)

Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan (N, NT)
(Pegawai tadbir, perangkawan, tukang masak, penyelia asrama, PAR, dll.)

Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan (Q)
(Pegawai penyelidik, pemeriksa paten.)

Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R)
(Jaga, tukang, Pemandu)

Perkhidmatan Sosial (S)
(Pustakawan, kurator muzium, kauselor, pegawi berita, dll.)

Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan (U)
(Pegawai perubatan, pergigian, diatetek, farmasi, jururawat, juru x-ray dll)

Perkhidmatan Kewangan (W)
(Akauntan, juruaudit, pegawai kewangan, penguasa kastam dll)

Perkhidmatan Penguatkuasaan Maritim (X)
(Pegawai penguatkuasa maritime.)

Perkhidmatan Polis (Y)
(Cik abang polis.)

Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (Z)
(Cik abang askar kita.)

0 comments:

Post a Comment