Monday 13 June 2011

Pembentukan Rang Undang & Pindaan Perlembagaan

Pembentukan Rang Undang

Perkara 66 menjelaskan kuasa Parlimen dalam mengubal undang-undang. Rang undang-undang itu mestilah diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen.


•    Sesuatu rang undang-undang itu boleh dikemukakan permulaannya di mana-mana dewan (biasanya bermula di Dewan Rakyat) dan kemudian di bawa ke Dewan Negara. Ada juga rang undang-undang yang bermula di Dewan Negara, dalam keadaan ini setelah melalui peringkat bacaan ketiga, rang undang-undang itu hendaklah dibawa ke Dewan Rakyat.


•        Rang Undang-undang Awam/Kerajaan (Public Bills) merupakan rang undang-undang yang paling kerap dan mustahak dikemukakan di Parlimen. Rang Undang-undang jenis ini ialah rang undang-undang yang melibatkan keseluruhan undang-undang yang berhubung dengan dasar awam dan ianya dikemukakan oleh kerajaan.
 

•    Sebelum diluluskan, sesuatu rang undang-undang itu mestilah melalui tahap-tahap berikut:


i. Bacaan Pertama:

Ia dilakukan secara formal, ringkas dan tidak ada apa-apa
perdebatan dibenarkan;
ii. Bacaan Kedua:

Ia dilakukan sekiranya rang undang-undang telah dicetak dan diedarkan
kepada ahli dewan. Rang undang-undang akan dibincangkan secara teliti di
mana ahli-ahli dewan dibenarkan membahaskan rang Undang-undang
tersebut dan mereka  boleh menyokong atau membangkang rang undang
undang berkenaan melalui undi;


iii. Peringkat Jawatan kuasa:
Sesudah dibahas rang undang-undang dirujuk kepada suatu jawatankuasa.
rang undang-undang akan dibaca dan dibahas secara lebih terperinci.
Jawatan kuasa berkenaan berhak mengubahsuai dan meminda rang
undang-undang jika perlu;


iv. Bacaan Ketiga:
Bacaan ketiga ini ringkas dan perdebatan hanyalah kepada beberapa
kandungannya sahaja. Kemudian dilulus dan dibawa ke Dewan Negara.


•    Apabila sesuatu rang undang-undang itu diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen ia hendaklah diserahkan kepada YDPA untuk diperkenankan dan dalam masa tempoh 30 hari YDPA baginda hendaklah memperkenankan rang undang-undang itu.


•    Rang undang-undang yang diperkenankan oleh YDPA akan menjadi undang-undang yang dikenali sebagai Akta Parlimen. Undang-undang ini kemudiannya akan diwartakan untuk dikuatkuasakan.



Pindaan Perlembagaan

• Sungguhpun Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi namun   ia tetap boleh dilentur (flexible). Ini bermakna ia boleh dibuat pindaan demi kepentingan rakyat dan negara. Sungguh pun bengitu pindaan perlembagaan Malaysia tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.


•  Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah beberapa kali dipinda dengan tujuan melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara.


•  Perlembagaan Malaysia boleh dipinda melalui empat cara sepertimana yang digariskan di bawah Perkara 159 dan 161E:


i. Mendapat pungutan suara majoriti biasa dari tiap-tiap buah Majlis Parlimen (a simple majority at both the Senate and the House of Representatives);


ii. Mendapat suara dua pertiga dari tiap-tiap Majlis Perlimen (two-thirds majority of the members of both houses)  ;



iii. Mendapat suara dua pertiga dari tiap-tipa Majlis Perlimen dan mendapat keizinan daripada Majlis Raja-raja (consent of the Conference of Rulers) ;



iv. Perkara yang menyentuh Sabah dan Sarawak memerlukan pungutan suara dua pertiga Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua Negeri (consent of either the Yang diPertua negeri of Sabah or Sarawak) .


Catatan:
Pindaan Perlembagaan Malaysia juga boleh berlaku melalui Perkara 150.

0 comments:

Post a Comment