Monday 11 July 2011

CONTOH SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN DAN KURSUS PTK TAHUN 2004

SKIM : PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (M41)

TK : 1

BAHAGIAN : UMUM


Bil. Topik/Skop Soalan
1. Sektor Pertanian Apakah pendekatan atau strategi pelaksanaan yang diambil oleh Kerajaan bagi mewujudkan sektor pertanian yang moden dan komers i a l ?

2. Dasar Persyarikatan Bagi memastikan Dasar Persyarikatan Malaysia berjaya dilaksanakan dengan berkesan, apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh agensi Kerajaan yang berkaitan?

3. Produktiviti (a) Jelaskan bagaimana faktor-faktor tenaga
manusia, sistem dan prosedur kerja,
persekitaran kerja dan teknologi boleh
mempengaruhi produktiviti sesebuah
organisasi.

(b) Apakah tindakan yang perlu diambil bagi memperkukuhkan faktor-faktor ini?

4. Keselamatan Dokumen (a) Nyatakan keempat-empat peringkat
keselamatan dokumen dan maklumat
dan tafsirannya.

(b) Berikan contoh-contoh bagi setiap peringkat keselamatan.

5. Hubungan Interpersonal Jelaskan faktor-faktor yang perlu diberi perhatian dalam memupuk perhubungan interpersonal.

6. Kemahiran komunikasi Apakah kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam komunikasi berkesan?

7. Kaunseling (a) Apakah yang anda faham tentang
kaunseling?

(b) Nyatakan empat pendekatan yang biasa
digunakan dalam kaunseling.

(c) Jelaskan kepentingan kaunseling dalam
pengurusan sumber manusia.

8. Motivasi (a) Apakah yang dimaksudkan dengan
motivasi di tempat kerja?

(b) Jelaskan dua jenis motivasi?

(c) Jelaskan lima faktor motivasi di tempat kerja.

SKIM : PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (M41)

TK : 1

BAHAGIAN : KHUSUS


Bil. Topik/Skop Soalan
1. Pentadbiran Tanah, Pembangunan Wilayah, Daerah dan Kerajaan Tempatan 2 soalan dikemukakan mengenai Pentadbiran Tanah

2. Pentadbiran Tanah, Pembangunan Wilayah, Daerah dan Kerajaan Tempatan Apakah hasil-hasil Kerajaan Tempatan dan bagaimana mengurus hasil-hasil tersebut mengikut Akta Kerajaan Tempatan?

3. Pentadbiran Tanah, Pembangunan Wilayah, Daerah dan Kerajaan Satu soalan mengenai Pihak Berkuasa Tempatan

4. Pengurusan Kewangan Apakah tugas-tugas pegawai-pegawai stor?

6. Pengurusan Kewangan Kementerian Kewangan telah meluluskan Kementerian anda pelupusan 2 pajero melalui sebutharga. Anda selaku pegawai dikehendaki melaksanakan tugasan sebutharga tersebut. Apakah maklumat-maklumat yang perlu dimasukkan di dalam borang sebutharga berkenaan?

7. Keselamatan dan Pertahanan Negara Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam Pengurusan Keselamatan Maritim?




8. Hubungan Antarabangsa dan Hal-Ehwal Luar negeri Hubungan dua hala dengan negara-negara jiran dan hubungan pelbagaihala dengan negara-negara lain adalah penting untuk menjaga kedaulatan negara. Jelaskan.

9. Hubungan Antarabangsa dan Hal-Ehwal Luar Negeri Mengapakah persidangan Pertubuhan Islam Antarabangsa (OIC) penting bagi Malaysia?

10. Hubungan Antarabangsa dan Hal-Ehwal Luar Negeri Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh masyarakat antarabangsa untuk menangani keganasan.

11. Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi (a) Apakah kandungan iklan jawatan ?

(b) Siapa yang ada kuasa untuk membuat lantikan?

Apakah yang perlu dilakukan semasa membuat perakuan bagi :

(i) permohonan seorang yang baru mencapai umur 18 tahun pada tarikh perakuan?
(ii) permohonan seorang pegawai tentera yang telah bersara wajib?

(iii) permohonan seorang yang telah meletakkan jawatan dari agensi kerajaan?

12. Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi Encik Azman, seorang pegawai awam telah dibenarkan melanjutkan pelajaran ke mana-mana universiti di luar negara dengan cuti belajar bergaji penuh. Apakah kesannya dari segi:



(a) Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

(b) Anjakan Gaji

(c) Tempoh Perkhidmatan

(d) Kekananan

(e) Kenaikan Pangkat

Isteri Encik Azman yang juga seorang pegawai awam telah mengikut Encik Azman ke luar negeri dengan cuti tanpa gaji. Apakah kesan kepada isterinya dari segi:

(a) Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

(b) Anjakan Gaji

(c) Tempoh Perkhidmatan

(d) Kekananan

(e) Kenaikan Pangkat

13. Hubungan Antarabangsa dan Hal-Ehwal Luar Negeri AFTA telah mula dilaksanakan sejak Januari 2003.

(a) Nyatakan secara ringkas mengenai AFTA.

(b) Apakah implikasi pelaksanaan AFTA kepada industri tempatan?

14. Hubungan Antarabangsa dan Hal-Ehwal Luar Negeri Bagaimanakah penyertaan di dalam gagasan ekonomi seperti ASEAN dan APEC menguntungkan Malaysia?


SKIM : PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (M48)

TK : 4


Bil. Topik/Skop Soalan
1. Managing Change i) Identify what are the factors affecting successful organizational change.

ii) Discuss and give suggestions for a successful organizational change.

2. Integrity and Accountability i) Why rampant occurance of corrupt practice, especially on financial expenditure?

ii) Discuss the issues and suggest ways to improve our accountability especially to deter corrupt practices.

3. ICT Management ICT projects are being pursued by the government. Discuss the problems of coordination on implementation of an ICT projects and suggest ways to improve the coordination in implementing ICT projects.

4. Government Policies Malaysia is no more competitive in luring labour intensive investment as compared to other neighbouring countries. Discuss the policies being carried out by the government and suggest ways to address the issue.

5. Government Policies The government's effort in eradication of poverty is not moving as planned. Discuss the problems related to the policies and implementation of eradication of poverty and suggest ways to improve it.

6. Local Government
Authorities At the local government, there is still problem of implementation such as for the issuance of CF, even though there exists a one stop agency to handle this. Discuss the problems faced and suggest ways to improve it.

7. Managing Change Reasons why people resist change and how to over these resistance?

8. Learning Organization The ways on how government can adopt learning organisation culture?

9. Human Resource Management The weakness in government, especially on corruption issues - How to overcome these weakness from the point of view of Human Resource and process.
10. Financial Management The ways a Pengawal Kewangan can further improve supervision over financial affairs in his/her Ministry or Department

11. International Relations and Foreign Affairs The ways on how to attract FDI, especially in view of the fact that Malaysia is no longer a low cost labour country

12. Globalisation Challenges of Globalisation and what else can the Malaysian Government do?
13. Statistical Research 1 question
(Question unavailable)

14. Communication and Effective Negotiation 1 question on Effective Communication.
(Question unavailable)
15. Communication and Effective Negotiation 1 question on Negotiation.
(Question unavailable)






SKIM : PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

TK : 2


Bil. Topik/Skop Soalan
1. Arahan Perkhidmatan
(Bab 4)
Fail-fail yang dibuka hendaklah diberi tajuk. Fail hendaklah ringkas dan sesuai kerana tajuk fail adalah untuk �

A) membayangkan isi kandungan fail
B) membayangkan klasifikasi fail

2. Tatatertib En. B telah dikenakan hukuman Tatatertib tangguh Pergerakan gaji. Hukuman berkuat kuasa pada tarikh���

A) Lembaga Tatatertib membuat keputusan
B) Surat hukuman kehakiman
C) Tarikh pergerakan gaji tahun berikut
D) Prosedur Tatatertib dimulakan
3. Perintah Am
(Bab A) Pn. N telah disahkan dalam jawatan. Beliau telah memohon untuk meletak jawatan. Apakah tindakan perlu beliau lakukan:

A) Memberi 3 bulan notis untuk bayar 1 bulan gaji
B) Memberi 1 bulan notis dan bayar 1 bulan gaji
C) Memberi 3 bulan notis dan bayar 1 bulan gaji
D) Memberi 3 bulan notis dan bayar 3 bulan gaji




CONTOH-CONTOH SOALAN BAGI
PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1
PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F41



Bahagian 1 � Kompetensi Umum

Soalan 1
a. Nyatakan 4 jenis cuti dan kelayakan bagi setiap jenis tersebut. (8)

b. Bagi seseorang yang ingin mengerjakan ibadat haji, apakah cuti-cuti yang ia layak dan syarat-syaratnya. (6)

c. Bagi seseorang yang ingin melanjutkan pelajaran, apakah cuti yang ia layak pohon. (6)

Soalan 2
a. Nyatakan dan jelaskan 5 contoh kelakuan yang dianggap tidak jujur (20)

Soalan 3
a. Nyatakan dan jelaskan syarat-syarat bagi mendapatkan elaun pendahuluan diri (20)

Soalan 4
a. Berikan definisi Jawatankuasa Pembuka Tender (2)

b. Nyatakan syarat-syarat keahlian JK Pembuka Tender (3)

c. Nyatakan dan jelaskan tugas-tugas JK Pembuka Tender (15)

Soalan 5
a. Nyatakan apakah yang dimaksudkan menghargai masa mengikut prinsip Tonggak 12. (5)

b. Kenapa menghargai masa itu penting? (5)

c. Nyatakan amalan negatif yang tidak menghargai masa. (5)

d. Bagaiman kita hendak mengetahui bahawa sesuatu kerja itu menepati masa? (5)

Soalan 6
a. Berikan 7 nilai asas peribadi yang dituntut dalam perkhidmatan awam. (7)

b. Kenapa nilai bekerjasama itu penting (8)

c. Apakah yang dimaksudkan dengan akauntabiliti? (5)

Soalan 7
a. Nyatakan definisi Dasar Penswastaan. (5)

b. Bagaimana dasar ini membantu memacu ekonomi negara? (5)

c. Apakah faedah-faedah yang diperolehi dari dasar ini (5)

d. Merujuk kepada dasar penswastaan TNB & Telekom, bagaimanakah ianya membantu produktiviti negara. (5)

Soalan 8
a. Nyatakan dan terangkan faedah-faedah yang diperolehi oleh jabatan dan pelanggan melalui adanya Piagam Pelanggan. (10)

b. Terangkan peringkat dan tindakan pada setiap proses menyediakan Piagam Pelanggan. (10)


Bahagian 2 � Kompetensi Khusus

Soalan 1
a. Berikan definisi pangkalan data. (6)

b. Berikandefinisi pangkalan data teragih. (6)

c. Berikan & jelaskan 4 kebaikan pangkalan data teragih berbanding pangkalan data berpusat (8)

Soalan 2
a. Nyatakan 4 kelebihan pangkalan data berbanding fail rata (flat file). (4)

b. Lukis dan terangkan 3 model pangkalan data yang biasa digunakan. (12)

c. Nyatakan model yang biasa digunakan oleh agensi keajaan dan 3 kelebihannya. (4)

Soalan 3
a. Berikan definisi prototype & kegunaanya. (6)

b. Lukis gambarajah proses prototype. (8)

c. Nyatakan 3 kelebihan & 3 keburukan prototype. (6)


Soalan 4
a. Apakah nama penuh MyMIS? (2)

b. Apakah kegunaan MyMIS? (6)

c. Nyatakan 4 prinsip asas dasar keselamatan ICT Kerajaan seperti dalam MyMIS. (12)

Soalan 5
a. Nyatakan aset ICT yang perlu dilindungi. (4)

b. Nyatakan 6 tanggungjawan terhadap aset ICT. (6)

c. Nyatakan ciri-ciri utama dalam menjamin keselamatan maklumat elektronik. (10)

Soalan 6
a. Berikan definisi ISDn & PSTN. (6)
b. Apakah perbezaan antara kedua-duanya. (8)
c. Senaraikan media yang boleh digunakan dalam penghantaran data di WAN. (6)

Soalan 7
a. Senaraikan topologi rangkaian. (4)
b. Lukis dan terangkan setiap satu topologi tersebut. (16)

Soalan 8
a. Berikan definisi Multimedia Authoring Tool. (4)
b. Nyatakan 5 kriteria yang penting dalam pemilihan MAT yang baik. (10)
c. Nyatakan 3 ciri MAT supaya dapat menjamin hasil produksi yang memuaskan. (6)

Soalan 9
a. Berikan definisi multimedia. (4)
b. Apakah faktor-faktor yang terlibat dalam pembangunan laman web. (12)
c. Apakah ciri-ciri tambahan yang terdapat dalam sesebuah portal berbanding laman web. (4)

Soalan 10
a. Berikan definisi aturcara berstruktur & 2 dua kelebihannya. (5)
b. Terangkan dengan ringkas 3 structured program construct dalam aturcara berstruktur. (6)
c. Sediakan carta alir bagi ketiga-tiga di atas. (9)

Soalan 11
a. Nyatakan 4 peringkat Rapid Application Development (RAD). (10)
b. Nyatakan 2 faktor penting dalam memastikan kejayaan pembangunan aplikasi menggunakan RAD. (10)

Soalan 12
a. Lukis dan terangkan model OSI mengikut lapisan. (7)
b. Terangkan secara ringkas fungsi setiap lapisan tersebut. (13)







SKIM : PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F29

TK : 1

BAHAGIAN : UMUM


Bil. Topik/Skop Soalan
1. PKPA Orang yang duduk di sebelah kanan kepada tetamu kehormat bagi sesuatu majlis rasmi ialah
A) Tetamu yang terhormat sekali
B) Hos majlis rasmi tersebut
C) Tetamu yang kedua terhormat
D) Isteri tetamu kehormat
2. Perintah Am Bab C Pegawai yang telah disahkan dalam jawatan Berapa lama kah berkhidmat boleh memohon cuti haji
A) 3 tahun
B) 4 tahun
C) 5 tahun
D) 6 tahun
3. Perintah Am
(Bab B) Pegawai bertugas di luar selama lebih 3 bulan dan kurang daripada 6 bulan. Beliau layak memohon Elaun

A) Gambar Tetap
B) Elaun harian
C) Elaun Keraian

4. Perintah Am
(Bab A) Dari Penolong Pegawai Sistem Maklumat RISDA kepada Pegawai Sistem Maklumat apakah yang perlu dibuat?
A) Meletak jawatan
B) Melepas jawatan

5. Pekeliling Perkhidmatan i) Berapa hari untuk mendapat elaun Tanggung Kerja
ii) Jumlah Tanggungan kerja yang didapati bila kenaikan gaji sebarisnya mula bertugas pada 21 April 2004

6. Perintah Am (Bab A) Syarat kenaikan pangkat kepada Penolong Pegawai Sistem Maklumat F32

7. Tatatertib Hukuman Tatatertib

8. Arahan Keselamatan Akta keselamatan PAR/PRA menghantar surat rasmi

9. Perintah Am
(Bab B) Elaun yang diberi kepada pegawai yang bertugas di luar kawasan :-
- Melaka
- Hotel

10. Perintah Am
(Bab C) Cuti sakit untuk TB

11. Perintah Am
(Bab A) Tempoh percubaan berbayar tahun untuk lanjutan

12. Perintah Am (Bab F) Kecederaan-masuk wad apa yang didahului dari bayaran
13. Perintah Am
(Bab E) Kuarters kerajaan - kerja apa yang tak boleh dibuat

14. Peraturan dan Tatatertib Kegiatan Politik

15. PKPA Manual Prosedur Kerja (MPK)

16. Kepimpinan Teladan memulakan kepimpinan

17. Tonggak 12 Tonggak 12



SKIM : PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F29


TK : 1

BAHAGIAN : KHUSUS


Bil. Topik/Skop Soalan
1. Komputer Katakan anda sedang menggunakan Ms. Words dan ingin mencetak dokumen yang mengandungi empat muka surat dalam satu helai kertas. Bila membuka tetingkap print, apakah item yang perlu disetkan.

A) Multopic Pages
B) Pages per sheet
C) Shrink to fit
D) Number at copies
2. Komputer Bagaimanakah cara menyimpan dokumen dengan nama fail yang sama secara cepat melalui penggunaan papan kekunci.

A) Alt + s
B) Shift + s
C) Ctrl + s
D) CtrI+ Shift + s
3. Komputer Semasa membuat persembahan menggunakan Ms. Powerpoint melalui slaid, bagaimanakah caranya untuk menanda/menokok tambah maklumat dalam paparan secara manual

C) Menekan butang �Esc�
D) Menekan butang �P4�
E) �Right clicking� kanan dalam slaid
F) Klik �option� dalam menu tools
4. Komputer Nama up- intel dalam komputer

5. Komputer Perkakasan utama komputer

6. Komputer Base untuk hexadecimal-16

7. Komputer Komponen mother board

8. Komputer RAM dan ROM

9. Komputer Skrin sentuh-apa peranannya dan sebagai apa?

10. Komputer Peranti input/output((kedua-dua) - CD ROM

11. Komputer Apakah �OS�

12. Komputer Device for Network

13. Komputer Peralatan Komputer

14. Komputer TCP/IP

15. Komputer Peer to peer

16. Komputer Troubleshooting

17. Komputer Device interface

18. Komputer Topologi rangkaian

19. Komputer Pengkalan data

20. Komputer TCP/IP- Transport berfungsi sebagai anjakan
Standard



SKIM : PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F32

TK : 3

BAHAGIAN : UMUM


Bil. Topik/Skop Soalan
1. Perintah Am
(Bab A) Jika seseorang Penolong Pegawai Sistem Maklumat Kanan telah sah jawatan dengan tangga gaji P1T3 (RM2328.52). Beliau telah ditawarkan ke gred F41 dengan tangga gaji P1T10 (RM2370.05) berkuat kuasa mulai 1.4.2004.

Jadual gaji F32
T1 T2 T3 T4 �
P1 2171.22 2249.87 2328.52 2407.17 �
P2 2339.41 2452.32 2511.23 2597.14 �

Jadual gaji F41
� T8 T9 T10 T11 �
P1 � 2210.33 2290.19 2370.05 2449.91 �
P2 � 2319.23 2402.72 2486.21 2569.70
P3

a) Berapakah gaji sebenar beliau layak dan buat pengiraan?
b) Nyatakan dasar dan rujukan mengenai penetapan gaji masuk yang berkuat kuasa bagi menyokong jawapan anda.
c) Adakah beliau perlu menghadiri kursus induksi? Beri alasan.

2. Perintah Am
(Bab B) Item Amaun
Elaun perjalanan 0.5 @ 350 km
Sewa hotel RM100 @ 2 hari
Elaun harian RM 20
Elaun makan RM 40 @ 2 hari

a) Apakah kategori kumpulan/gred
b) Berapa jam bertugas luar pejabat? Berikan bukti.
c) Apakah alasan beliau bawa kenderaan tetapi tidak menaiki kapal terbang atau kereta api?

3. Perintah Am
(Bab A) Jika seseorang Penolong Pegawai Sistem Maklumat Kanan hampir 10 tahun berkhidmat dan telah sah jawatan, ingin meletak jawatan untuk menjaga emaknya yang sakit.

a) Apakah prosedur untuk memohon perletakan jawatan?
b) Tempoh notis yang perlu dipatuhi mengikut taraf jawatan.
c) Permohonan untuk dikecualikan daripada bayaran sebulan gaji jika notis tidak mencukupi.
d) Bagaimana kedudukan tanggungan / hutang dengan kerajaan bagi pinjaman perumahan, kereta dan komputer?
e) Adakah peluang untuk berkhidmat semula dengan kerajaan?

4. PKPA � Layanan Kaunter Jika sesebuah kaunter jabatan mendapat cemuhan orang ramai disebabkan masalah kelewatan, ketidakcekapan dan kerenah birokrasi. Apakah langkah-langkah untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kaunter jabatan.

5. PKPA � Fail Meja dan MPK a) Apakah maksud Fail Meja (FM)? Nyatakan 5 perkara utama dalam FM.
b) Bezakan FM dan Manual Prosedur Kerja (MPK).

6. Akta Prosedur Kewangan/Arahan Perbendaharaan Sebuah Syarikat mendapat kontrak penyelenggaraan komputer RM210,000 selama 2 tahun 6 bulan sebelum tamat kontrak, syarikat tersebut minta dilanjutkan tempoh lagi 2 tahun tanpa perubahan kos.

a) Bolehkah dilanjutkan kontrak? Beri alasan.

b) Siapa diberi kuasa menimbang dan meluluskan permohonan?

7. Arahan Perbendaharaan


a) Apakah barang tempatan dan matlamat penggunaannya?
b) Syarat-syarat keutamaan harga kepada barang buatan tempatan.

8. Penyeliaan Huraikan 4 kemahiran asas penyeliaan untuk menjadi penyelia yang berkesan.


SKIM : PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F32

TK : 3

BAHAGIAN : KHUSUS


Bil. Topik/Skop Soalan
1. Komputer Anda diminta memberi penerangan mengenai fungsi yang terdapat dalam sesebuah komputer berasaskan empat (4) bahagian utama iaitu Peranti Input, Unit Pemprosesan Pusat (CPU), Peranti Output dan Peranti Storan.

a) Terangkan fungsi setiap bahagian tersebut termasuk setiap fungsi komponen yang terdapat dalam CPU.
b) Berikan dua (2) contoh bagi setiap peranti berikut :-
i. Peranti Input
ii. Peranti Output
iii. Peranti Input/Output
iv. Peranti Storan
2. Komputer Terangkan langkah-langkah yang perlu diambil jika komputer anda mengalami masalah berikut :-
a) Monitor tidak mengeluarkan paparan apabila komputer dihidupkan
b) Printer tidak mencetak walaupun disambungkan pada komputer
c) Papan kekunci (keyboard ) tidak berfungsi walaupun ditaip

3. Komputer a) Terdapat beberapa jenis media penghantaran data. Senaraikan dan terangkan lima (5) jenis media penghantaran tersebut.
b) Nyatakan tiga (3) mod transmasi dan jelaskan

4. Komputer Penggabungan dua atau lebih rangkaian yang berasingan memerlukan beberapa peralatan rangkaian tambahan seperti routers, repeaters, bridges dan gateways.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan routers, repeaters, bridges dan gateways?
b) Pada lapisan manakah routers, repeaters, bridges dan gateways berada di dalam model Open System Interconnection (OSI)?
c) Lukiskan rajah model OSI yang menggambarkan kedudukan routers, repeaters, bridges dan gateways ini.
5. Komputer Syarikat Baba mempunyai ramai pekerja. Atribut bagi pekerja termasuklah no._pekerja, nama, alamat dan t_lahir. Syarikat ini banyak mengendalikan projek. Atribut bagi setiap projek termasuklah projek_id, nama_projek dan t_mula. Satu projek diperuntukkan kepada beberapa pekerja tetapi setiap pekerja hanya mengendalikan satu projek sahaja. Merujuk kepada penerangan di atas,

a) Terangkan maksud terma-terma berikut :-
i. Entiti
ii. Atribut
iii. Hubungan entity (relationship)
iv. Kunci utama (Primary Key)
v. Kunci sekunder (Secondary Key)
b) Nyatakan tiga (3) jenis hubungan dan model hubungan entiti (E-R)
c) Lukiskan gambarajah E-R dan jenis pertalian yang terlibat
d) Sediakan jadual-jadual bagi entity tersebut dan bentuk entity (atribut1, atribut2,�.) dan gariskan kunci utama bagi setiap entiti.

6. Komputer Anda diberi pernyataan SQL berikut :-
CREATE TABLE JUALAN
NOP JUAL DECIMAL(2),
NMPJUAL CHAR(15),
ADDPJUAL CHAR(25),
JKOMISEN DECIMAL(7,2),
KKOMISEN DECIMAL(2,2))
a) Jelaskan maksud pernyataan di atas
Anda diberi jadual berikut :-
PLGN (pelanggan)
NOPLGN NMPLGN ALAMAT BAKI HADKRDIT NOPJUAL


b) Tuliskan pernyataan SQL untuk menyenaraikan nama dan kredit yang dibenarkan kepada semua pelanggan yang mempunyai had kredit sekurang-kurangnya RM800.00
c) Dengan menggunakan jadual PLGN di atas, tuliskan pernyataan SQL bagi menyenaraikan nombor, nama dan had kredit pelanggan yang disusun secara menurun mengikut had kredit dan no. pelanggan
d) Tuliskan pernyataan SQL bagi menyenaraikan no. pelanggan, nama pelanggan, no. penjual dan nama penjual di mana had kredit pelanggan ialah RM800.00
7. Komputer

Cik Mawar, Penolong Pegawai Sistem Maklumat yang baru bertukar ke Bahagian Kewangan di sebuah Jabatan Kerajaan diminta untuk membina satu (1) program komputer yang dapat mengira cukai yang perlu dibayar oleh pekerja-pekerja di Jabatan itu berdasarkan gaji mereka. Sebagai permulaan, Cik Mawar mencuba program tersebut ke atas lima (5) orang pekerja.
a) Nyatakan dan huraikan langkah-langkah yang perlu di ambil oleh Cik Mawar dalam membina program komputer.
b) Bina carta alir untuk mengira cukai perlu dibayar, jika gaji pekerja :-

i. Kurang atau sama dengan RM 1000.00, cukainya ialah 4%
ii. Melebihi RM 1000.00, cukainya ialah 8%

c) Cetak Nama, Gaji dan Cukai yang perlu dibayar bagi setiap pekerja tersebut.

8. Komputer Sesebuah laman web yang baik mempunyai aplikasi interaktif. Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi tersebut.

a) Senaraikan lima (5) kaedah tersebut
b) Jelaskan setiap kaedah interaksi tersebut


sumber:   fluffy_nani

0 comments:

Post a Comment