Tuesday, 5 July 2011

7 TIPS MUHASABAH PAC

ini ikut format yg lama...time aku pac bulan mac 2011 ari tu PAC ni 2 hari. tapi format markah, slot2 aktiviti semua lebih kurang je...pemilihan tahun ni mmg susah . bayangkan drp berapa ribu yg pegi PAC hanya 176 sahaja yg layak sampai ke temuduga dan hanya 76 org sahaja yg akan dilantik mnjadi PTD. nasib baiklah aku lepas..mmg bersyukur sgt..



1) Pembentangan Individu Bahasa Melayu 

a. Setiap peserta diberi sehelai kertas yg mengandungi 2 tajuk yg berlainan ant satu sama lain utk difikirkan isi kandungan pembentangan selama 30 minit.
b. Bawa Buku Nota sepanjang masa terutamanya utk menulis isi kandungan pembentangan sblm dihafal.
c. Sebolehnya, jadilah peserta pertama yang diminta menawarkn diri. Peserta seterusnya akan dipilih secara rawak utk membentangkan dlm Bahasa Melayu (SEPENUHNYA) selama 5 minit di hpdn seorg penilai, tanpa audien & tanpa boleh merujuk nota.
d. Di awal pembentangan, latar belakang peserta akan disoal oleh penilai utk memilih tajuk yg dirasakn bersesuaian.
e. Maksimumkan pembentangan selama 5 minit tsbt. Elakkan ada kesempatan utk penilai bersoal jawab b’kaitan tajuk, jika pembentangan krg drp masa yg diperuntukkan. Minta krjasama penilai utk menekan loceng satu kali pd minit ke-4 & 2 kali pd minit ke-5.
f. Susun gaya perbincangan kpd
i. Pendahuluan yg sesuai
ii. 4-5 isi kandungan bserta contoh yg bersesuaian
iii. Pro & Kontra; Punca & Akibat etc
iv. Tegaskan pendirian di awal dan diulangi swaktu kesimpulan.


2) Pembentangan Berkumpulan 

a. Sewaktu menanti giliran pembentangan individu, tugas berkumpulan (10-12 orang) diberikan utk merekabentuk dan membentangkan tentang model ‘baju’ dan ‘bag’ di atas sehelai kertas mah-jong dan pen marker yg disediakan.
b. Bahagikan kpd 2 kumpulan kecil utk kedua2 model baju dan bag tersebut.
c. Agih2kan setiap isi pembentangan agar setiap ahli kumpulan berpeluang utk terlibat dengan pembahagian yang adil, dan memaksimumkan tempoh 15 minit yang diberi.
d. Tawarkan Diri utk menjadi Ketua yg akan menjadi mengendali sesi ‘pengenalan’ dan ‘penutup’ kpd pembentangan.
e. Pastikan pembentangan dan nota tulisan pd kertas mah-jong dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.
f. Sediakan alat tulis tambahan, spt ‘liquid’, pen marker tambahan dan pensel swaktu aktiviti berkumpulan ini.


3) Pengawasan Penilai Luar

a. Tugas Penilai Luar yang Berkeliaran adlh untuk ambil No. Badan mrk yg tidak berdisplin, tiada smgt berpasukan, tidak mematuhi arahan dsb
b. Beberapa situasi dan tips utk melepasi pengawasan Penilai Luar :-
i. Taklimat Pagi – Displin, ramah dgn pserta2 lain, m’dgr taklimat dgn tekun.
ii. Perbincangan Tugasan Berkumpulan – ‘Benar2’ atau ‘buat2’ sibuk dlm perbincangan swaktu Penilai Luar mendekati kumpulan.
iii. Sesi memanaskn badan (warm up & warm down) – ikut stp arahan pegawai yg mengendalikan sesi2 tsbt.
iv. Sebelum bermula larian – Slps sesi ‘game’ ptg, jgn minum air yg disediakn dlm tong air bserta cawan. Air tsbt utk diminum slps larian.
v. Semasa sesi larian – Ikut laluan yg dikhaskan tanpa m’cari jln pintas dsb.
vi. Sesi ‘English Public Speaking’ – mendengar dgn tekun pembentangan oleh pserta2 lain.
vii. Perhimpunan terakhir – Smentara menunggu kumpulan lain slesai, berdiri dgn sabar dlm barisan mengikut nombor.


4) Penilaian oleh Rakan Peserta (Peer Assessment) 

a. Jadi peserta plg awal hadir ke bilik kuliah dan berkenalan penuh ramah dgn pserta2 lain. M’jd ‘pengendali mjlis’ utk sesi ‘ice-breaking’ ssama pserta smentara menunggu pserta2 lain & penilai smpai.
b. Tulis dan hafal nama stp pserta2 dlm kumpulan.
c. M’beri sumbangan idea2 bernas & penglibatan penuh swaktu prbincangan b’kumpulan
d. Slesai perbincangan b’kmpulan swaktu menunggu giliran pmbentangn, kongsi2 tips2 PAC & interview PTD dgn pserta2 lain. Blh jga b’kgsi pngalamn rkan, ahli kluarga dsb ttg tugas dan cabaran PTD.
e. Menawar diri utk m’jadi pembentang yg pertama utk sesi Pembentangan BM Individu.
f. Tonjol daya kepimpinan kpd pserta2 lain dgn umpamanya menawarkan diri utk m’jadi pengendali sesi ‘pengenalan’ dan ‘kesimpulan’ pmbentangan berkumpulan.
g. Seboleh2 m’jadi peribadi yg ‘outgoing’ dgn ciri2 humoristik. Klw perlu smpai b’lakon.
h. Slps sesi pmbentangan b’kumpulan, stp pserta akn diberi shelai krtas utk menyenaraikn rakan2 pserta drp kedudukan penilaian terbaik sbgai no.1, kedua terbaik no.2 & sterusnya.
i. Ambil masa yg mencukupi utk mencatatkan kata2 pujian kpd 5 calon terbaik.


5) Permainan Berkumpulan 

a. 8 orang pserta dikehendaki memasuki ke dlm 3x3 garisan kotak. Arahan adlh utk mnyenaraikn no. 1 – 8 mengikut urutan abjad prtama pada nama (permainan pertama) dan ketinggian (permaianan kedua).
b. Baki pserta yg tidak did lm garisan kotak, akan m’jadi pemandu di luar utk memastikan arahan dpt dilaksanakan.
c. Penilaian pmarkahan pada strategi yang digunakan, daya kepimpinan, skil menyelesaikan masalah, penglibatan penuh, semangat dan kerjasama berpasukan yang ditonjolkan.


6) Larian 2.4km / 1.5 batu

a. Pastikan sentiasa memakai jam atau lebih baik jka stopwatch di bawa bersama.
b. Kosongkan poket dsb barang2 yg boleh memberatkan swaktu berlari.
c. Larian akan dimulakan dan diakhiri dgn sesi memanaskan badan.
d. Bermula dgn jogging ringan swaktu 3 mnit prtama & swaktu mendaki bukit, b’lari ketika menurun bukit, kelajuan menaik scara perlahan2 dan kmuncak berlari swaktu 100m terakhir.
e. Patuhi stiap laluan larian yg dikhaskan krn pemantau bersembunyi di stp penjuru2 laluan trek.
f. Di penghujung larian, stp pserta akan diberikan tag warna smada ‘Biru’ (krg 10mnit), Hijau (10-15mnit), Merah(15-18mnit), Oren (18-20mnit) atau Kuning (>20mnit).
g. Pastikan target larian 2.4km, kurang daripada 15 minit!


7) ‘Voice-Out’ in English

a. Setiap pserta akan memilih kertas tertulis tajuk berkaitan ‘Benda’ (Thing) scr rawak drp sampul surat utk dibentangkan dlm B.Inggeris sepenuhnya di hdpan semua audien.
b. Stiap pserta diberi tempoh 5 minit utk persediaan smntara menunggu pserta lain sdg membentang. Tulis isi2 pnting di atas buku nota sblm dihafal dlm tempoh tsbt.
c. Ant topik yg diberi ialah ; Calender, Sand, Paperbag, Truck, Wallet, Tree, Dustbin, Nametag, Thumbdrive, T-Shirt & Box.
d. Pentingkan interaksi dgn audien dan ‘bahasa badan’.
e. Penilaian diberi pd ‘Pronunciation’, ‘Clarity’, ‘Fluent’ dan ‘Tonality’.
f. Minta krjasama penilai utk menekan loceng satu kali pd minit ke-4 & 2 kali pd minit ke-5 bagi memastikan tidak melebihi masa yg ditetapkan.

KAEDAH PENILAIAN PAC

1. Pembentangan Bahasa Melayu (Individu & Berkumpulan) sangat penting sebagai Indikasi Penentu Kelulusan PAC.
a. Borang Profil II tidak akan dipulangkan setelah sesi Pembentangan Bahasa Melayu dan Pembentangan Berkumpulan.
b. Kebarangkalian tinggi mereka yg membawa pulang Borang Profil II akan diumumkan sebagai calon PAC yang gagal.

2. Drp 42,000 calon mengambil ujian bertulis, hanya 4,000(9.3%) lulus. Drp yg lulus, hnya 700(17.5%) calon akan dipanggil utk hadir interview. Drp jumlah tersebut hnya 300 orang (43%) akan diterima sebagai PTD lantikan kontrak.( ini pengambilan yg dulu, mmg ramai. Skrg pengambilan ikut kekosongan. Hasilnya, untuk pengambilan julai 2011 hanya 76 org sahaja yg dipilih)

3. ‘PTD Assessment Centre’ (PAC) diadakan untuk menggugurkan dan mencari-cari ‘Sebab Tidak Layak’ bagi setiap peserta. Tag nombor pada badan ditulis dengan begitu besar untuk memastikan nombor dapat dilihat dgn jelas drpd jauh.

4. Permainan berkumpulan mesti diselesaikan dalam tempoh masa yang diberikan, atau lebih cepat lagi.
a. Daya Menyelesaikan Masalah dlm tempoh tertentu.
b. Ketepatan masa sbg factor penentu – Mesti ada seseorang yang menjaga masa.


5. Penilaian banyak berdasarkan Kaedah ‘Ranking’ Kedudukan, berbanding ‘Kaedah Pemarkahan’.

a. ‘Peer Assesment’ berdasarkan ranking turutan menurun drp ‘Rakan Terbaik’ dan ke bawah.
b. Kelajuan Berlari juga dicatat berdasarkan ranking dlm kumpulan, paling pantas & ke bawah.
c. Giliran dlm Pembentangan Bahasa Inggeris b’dasarkan kaedah ‘volunteer’ sepenuhnya. Pserta yg terakhir blh dinilai sbg kurang bersedia, tidak cekap mengambil peluang dsb.

6. Setiap kali giliran ditentukan dengan kaedah ‘Volunteer’, jadilah orang pertama untuk menawarkan diri, smada semasa sesi pembentangan individu BM & BI atau menjadi ketua pembentangan berkumpulan dsb.

7. Antara cadangan perkara perlu di bawa :-

a. Borang Profil I & II
b. Manuskrip Asal Transkrip Keputusan Peperiksaan bserta Salinan.
c. Buku Nota Kecil & Pen.
d. Air Mineral
e. Pensel, Pen Marker extra dan Correction Tape – utk digunapakai pd kertas mah-jong.
f. Jam tangan (seeloknya ada Stopwatch mini.)
g. Gula2 – utk ‘ambil hati’ peers & diedar swaktu prbincangan berkumpulan.
h. Fail keras – utk menjadi alas ketika mengisi borang penilaian rkn dsb.
i. Beg yg bersesuian – utk mengisi sgla barang2 di atas.


sumber: x ingt

0 comments:

Post a Comment