PERANAN BAJET
Peranan belanjawan sebagai alat pengurusan sosio-ekonomi negara dapat dibahagikan kepada dua kategori seperti berikut:
-          Belanjawan sebagai alat  dasar fiskal; dan
-           belanjawan sebagai alat pengurusan
-BELANJAWAN SEBAGAI ALAT DASAR FISKAL
Bertujuan  untuk mencapai matlamat pembangunan dan menstabilkan ekonomi negara  melalui pengurusan perbelanjaan dan dasar percukaian yang cekap dan  berkesan. 
Belanjawan sebagai alat dasar fiskal boleh digunakan untuk memenuhi fungsi-fungsi berikut:
1. Fungsi peruntukan;
2. Fungsi agihan; dan
3. Fungsi penstabilan
-FUNGSI PERUNTUKAN
Menyediakan kemudahan insfrastruktur dan perkhidmatan mengikut keperluan rakyat. 
Contohnya pembinaan sekolah, jalanraya, hospital dan lain-lain
- FUNGSI AGIHAN
digunakan  untuk mengagihkan hasil dan perbelanjaan negara secara adil saksama  mengikut keperluan. contohnya menyediakan rawatan perubatan percuma,  kemudahan pendidikan, pembinaan rumah kos rendah, pemberian subsidi dan  lain-lain.
- FUNGSI PENSTABILAN
Alat untuk menstabilkan ekonomi negara melalui pengawalan kenaikan harga  (inflasi), pengurangan pengangguran / peningkatan gunatenaga dan peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi.
Menyediakan  berbagai insentif pelaburan supaya sektor swasta dapat memainkan  peranan yang aktif dalam pertumbuhan ekonomi negara.
-  BELANJAWAN SEBAGAI ALAT PENGURUSAN
       1.  Alat pengurusan sumber;
- Dokumen kawalan belanjawan dan kewangan;dan
 - 3. Alat pengukur prestasi
 
-   ALAT MENGURUS SUMBER KEWANGAN
Belanjawan  yang disediakan oleh setiap agensi selalunya melalui proses dan  perancangan rapi yang mengandungi maklumat mengenai objektif yang hendak  dicapai, program dan aktiviti/projek, yang dipilih mengikut keutamaan  dan jumlah peruntukan yang diperlukan bagi mencapai objektif yang  ditetapkan. 
Maklumat  tersebut digunakan oleh pihak pengurusan agensi sebagai panduan semasa  melaksanakan program dan aktiviti/projek, terutamanya dalam menentukan  apa yang telah dirancang supaya ianya dapat dilaksanakan dengan baik dan  mencapai objektif yang ditetapkan. 
Contohnya untuk mempastikan peruntukan yang telah diluluskan dibelanjakan mengikut apa yang dirancangkan. 
-  DOKUMEN KAWALAN BELANJAWAN   DAN  KEWANGAN 
-Belanjawan boleh digunakan sebagai alat kawalan kewangan yang berkesan. 
Contohnya:
Belanjawan telah menetapkan jumlah peruntukan yang diluluskan bagi sesuatu agensi bagi satu-satu program, aktiviti/projek tertentu. Dengan itu perbelanjaan agensi tidaklah boleh melebihi peruntukan tersebut. 
-Maklumat-maklumat yang diperolehi dari dokumen belanjawan dapat membantu pihak pengurusan agensi mengawal kos dan penggunaan sumber mengikut apa yang telah diluluskan dan tidak boleh melebihi jumlah yang telah ditetapkan. 
  -ALAT MENGUKUR PRESTASI
-Belanjawan digunakan sebagai alat untuk mengukur tahap pencapaian dan prestasi agensi dan juga aktiviti-aktivitinya. 
Contohnya:
Pengukuran prestasi dapat dibuat melalui analisis keatas laporan-laporan dan maklumbalas yang disediakan dalam penyediaan belanjawan. Kecekapan penggunaan sumber agensi dapat diukur berdasarkan kepada input dan output agensi. Dari maklumat belanjawan juga dapat ditentukan samaada objektif yang hendak dicapai oleh agensi telah dicapai ataupun tidak.   
KESIMPULAN 
Bajet (belanjawan)  merupakan satu instrumen penting kepada sesebuah negara yang boleh digunakan sebagai alat perancangan sumber ekonomi  dalam merangka program, aktiviti dan juga projek-projek pembangunan bagi memenuhi keperluan dan kepentingan negara serta kesejahteraan rakyat keseluruhannya.
0 comments:
Post a Comment