Thursday 14 July 2011

BAJET (BELANJAWAN) NEGARA (pt1)

 
OBJEKTIF BAJET
Untuk menentukan agensi kerajaan diberikan peruntukan yang sewajarnya bagi digunakan dengan cekap dan berkesan untuk setiap program dan aktiviti selaras dengan dasar belanjawan negara.

DEFINISI BAJET
-Satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi sesuatu masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan negara dan rakyat.
-Belanjawan bukan sahaja merupakan alat perancangan pentadbiran kerajaan tetapi juga memainkan peranan penting dalam menentukan arah tuju dan kedudukan ekonomi negara.

KOMPONAN BELANJAWAN NEGARA
                -hasil negara; dan
                -perbelanjaan negara

 Hasil negara
-Hasil negara merupakan semua jenis pendapatan yang diterima oleh kerajaan.

1. hasil-hasil cukai
Cukai langsung – cukai pendapatan
Cukai tak langsung – duti import/eksport/cukai jualan

2. hasil-hasil bukan cukai
-Hasil-hasil dari perkhidmatan kerajaan seperti :
                lesen, bayaran pendaftaran, sewaan, faedah, perolehan dari pelaburan dan lain-lain.
-Kumpulan wang disatukan
-Kesemua hasil dan wang yang didapati atau diterima oleh persekutuan tertakluk kepada peruntukan perlembagaan dan undang-undang persekutuan hendaklah dimasukkan kedalam kumpulan wang yang dinamakan kumpulan wang disatukan (kwds).

Perbelanjaan negara
Terbahagi kepada dua jenis:
  a-Perbelanjaan mengurus; dan
  b- perbelanjaan pembangunan  

Perbelanjaan tanggungan; dan
-perbelanjaan bagi membiayai aktiviti-aktiviti seharian yang berulang.    


PERBELANJAAN MENGURUS

JENIS PERBELANJAAN MENGURUS :

a- PERBELANJAAN TANGGUNGAN
-Perbelanjaan berkaitan dengan perkara 98, perlembagaan persekutuan yang dipertanggungkan terus kepada kumpulan wang disatukan oleh perlembagaan.
-Contohnya perbelanjaan  bagi elaun diraja, gaji dan elaun hakim, peruntukan pencen dan ganjaran dan lain-lain. Peruntukan bagi perbelanjaan tanggungan diletakkan dibawah maksud perbelanjaan tanggungan (t).
-Contoh: t.01-peruntukan diraja yang dipertuan agong, t. 03-ketua hakim negara,t.10 suruhanjaya perkhidmatan pendidikan.

b- PERBELANJAAN BEKALAN
-Semua jenis perbelanjaan untuk membiayai kegiatan/aktiviti jabatan dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat. Peruntukan perbelanjaan bekalan diletakkan di bawah maksud bekalan (b). Contohnya maksud b.41- kementerian pelajaran, maksud b.11- perbendaharaan malaysia,b.46-kementerian sumber manusia dan lain-lain.

SISTEM BAJET (BELANJAWAN)
-Sistem belanjawan tradisional (1957-67)
-Sistem belanjawan program dan prestasi (sbpp)
(1968-89)
-Sistem belanjawan diubahsuai (mbs) (1990)

APAKAH MBS ?
Mbs adalah sistem belanjawan program dan prestasi (ppbs) yang telah diubahsuai mengikut keperluan malaysia yang mengaitkan:
Input       -         output  -           impak

PELAKSANAAN MBS
          1990 sebagai pilot di tiga kementerian
          1994 pelaksanaan penoh di semua kementerian/jabatan
          1996 pelaksanaan penoh bagi badan-badan berkanun

OBJEKTIF MBS
          Membantu pengurus program mempertingkatkan prestasi program
          Memudahkan akauntabiliti
          Memperbaiki pengagehan/peruntukan sumber. 
           
BEBERAPA ISTILAH PENTING MBS

Dasar sedia ada
-semua program/aktiviti  yang dijalankan pada tahun semasa (kecuali ‘one- off’) yang telah mendapat  kelulusan perbendaharaan  atau lain-lain pihak berkuasa  seperti  jemaah menteri.

dasar baru/one off
-dasar baru merupakan program / aktiviti baru. termasuk tambahan, sambungan  atau perluasan kepada dasar  sedia ada.
-one-off” merupakan perbelanjaan luar biasa yang tidak dapat dielakkan dan tidak berulang setiap tahun.

Threshold
- nilai yang ditetapkan bagi sesuatu agensi sebagai  ukuran untuk menentukan  jumlah peruntukan   tambahan sesuatu cadangan dasar baru / “one-off” .

batas perbelanjaan
-satu jumlah peruntukan  ditetapkan diperingkat permulaan proses belanjawan tahunan  sebagai peruntukan bagi sesuatu  agensi untuk membiayai dasar sedia  ada bagi tahun berkenaan.
-Formula pengiraan batas perbelanjaan (bp)
          Bp 2004 =  dsa  2003 + (dasar baru 2003 - peruntukan aset) - dasar baru 2002 tidak yang dilaksanakan + 2% kenaikan emolumen
          Bp 2005 = dsa 2004 + ( dasar baru 2004 - peruntukan aset ) - dasar baru 2003 yang tidak dilaksanakan +2% kenaikan emolumen
-Jumlah peruntukan (jp)
Jp= batas perbelanjaan+ (dasar baru/one off)

perjanjian program
Suatu persetujuan antara agensi dengan perbendaharaan mengenai input yang akan digunakan, output dan impak yang hendak dicapai  untuk setiap aktiviti yang dikenal pasti


TAHAP VARIAN
Tahap prestasi yang dipersetujui (dalam peratusan atau nilai sebenar) di mana laporan pengecualian tidak perlu disediakan


LAPORAN PENGECUALIAN
Suatu laporan penjelasan kerana tahap prestasi sesuatu program/aktiviti tidak mencapai tahap sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian program


KATEGORI PERJANJIAN PROGRAM
          Perbendaharaan dengan agensi
           ibupejabat dengan negeri
           pejabat negeri dengan daerah
           Seterusnya



KOMPONEN PERJANJIAN PROGRAM
1. Maksud bekalan , 2. Agensi  , 3. Program , 4. Aktiviti,  5. Kod aktiviti, 6. Punca kuasa,
7. Objektif,  8. Analisa keperluan/dasar,   9. Pelanggan,  10. Fungsi,  11. Sumber-sumber,  12. Spesifikasi output,   13. Petunjuk-petunjuk         impak,     14.  Rancangan penilaian


PUSINGAN PENILAIAN PROGRAM
-Penilaian program merupakan penilaian secara mendalam atas sesuatu aktiviti dan penilaian ini dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam lima tahun


KAWALAN PERBELANJAAN SECARA UMUM

-Pendekatan kawalan butir-butir terperinci peruntukan secara munasabah dan kawalan menyeluruh dibuat lebih ketat


FAEDAH MBS KEPADA BELANJAWAN PUSAT

          Memudahkan penentuan prioriti   program dan aktiviti dalam cadangan belanjawan
           tumpuan kepada perkara dasar
           pentingkan prestasi program dan lebih bertanggungjawab
           tiada permainan “poker”


FAEDAH MBS KEPADA KEMENTERIAN/JABATAN &BADAN BERKANUN

          Menjadikan dokumen belanjawan sebagai alat perancangan strategik
           peranan pegawai pengawal lebih aktif
           pihak pengurusan dapat tentukan prioriti perlaksanaan
           lebih tumpuan kepada pencapaian dasar dan penilaian program


PERBELANJAAN PEMBANGUNAN

-Perbelanjaan berbentuk modal yang biasanya tidak berulang dan merupakan perbelanjaan yang mendatangkan faedah dalam jangka panjang. Ianya diasingkan daripada perbelanjaan mengurus kerana mempunyai ciri-ciri tertentu dan memerlukan proses perancangan dan keputusan yang  teliti.


CIRI-CIRI PERBELANJAAN PEMBANGUNAN :

-Melibatkan jumlah peruntukan yang besar
-Aliran perbelanjaan berjangka panjang
-Memerlukan penyeliaan dan penyelenggaraan  di masa akan datang seperti pembesaran, penggantian pembaikan dan lain-lain.              
-Dibiayai dari sumber  pinjaman


PENYEDIAAN CADANGAN PEMBANGUNAN

Ø  Berasaskan senarai projek yang diluluskan
Ø   pastikan siling peruntukan mencukupi
Ø  Jika perlu tambahan siling,dapatkan kelulusan/pengesahan upe
Ø  Mengambil kira keupayaan melaksana
Ø  Menyediakan jadual kerja setiap projek
Ø  Mewujudkan satu butiran khas untuk kerja awalan, urusan tanah dan kajian kemungkinan
Ø  Peruntukan berasaskan kemampuan berbelanja
Ø  Menyediakan laporan kemajuan terkini mengikut projek
Ø  Menyediakan keperluan aliran tunai mengikut projek
Ø  Mengemukakan cadangan bersama dengan perbelanjaan mengurus


PROJEK DIBIAYAI MELALUI PINJAMAN :

Ø  Projek bercorak komersial
Ø  Projek berdayamaju irr > 8%
Ø  Peminjam tidak mempunyai tunggakan Cagaran perlu disediakan 
Peruntukan pembangunan diletakkan di bawah maksud               pembangunan (p).
contohnya:
maksud p.27- kementerian kerjaraya,                   
maksud p.42- kementerian kesihatan                    
maksud p.46- kementerian sumber manusia


AGENSI-AGENSI YANG TERLIBAT:

-Penyediaan perbelanjaan pembangunan melibatkan agensi pelaksana, perbendaharaan, unit perancang ekonomi dan unit penyelarasan pelaksanaan, jpm

Memohon peruntukan token rm10
               
                pegawai pengawal perlulah memastikan peruntukan yang dipohon selaras dengan keupayaan melaksana. Peruntukan token rm10 bolehlah dipohon bagi projek dalam pelaksanaan tetapi jumlah sebenar belum dipastikan.

PROSES:
(1) pekeliling    perbendaharaan
(2) penyediaan belanjawan oleh kementerian / jabatan
(3) pegawai pengawal mengkaji, melulus dan menyelaraskan anggaran kementerian / jabatan
(4) kemukakan cadangan kepada agensi pusat
(5)  agensi pusat mengkaji cadangan belanjawan
(6) mesyuarat pemeriksaaan balanjawan
(7) perbendaharaan menimbang/melulus belanjawan
(8) ybmk bentang belanjawan di parlimen
(9) waran am kepada akauntan negara
(10) waran peruntukan     kepada kementerian/jabatan


BAJET 2 TAHUN SEKALI

-Dilaksanakan mulai belanjawan tahun 2002
-Penyediaan dan pemeriksaan dibuat sekali untuk 2 tahun
-Pada tahun kedua perbendaharaan hanya mengkaji semula pelaksanaan perbelanjaan untuk mengenalpasti peruntukan tambahan yang diperlukan bagi dasar baru dan one off untuk belanja mengurus dan keperluan peruntukan pembangunan berasaskan kajian semula peruntukan pembangunan.


CIRI-CIRI BAJET 2 TAHUN SEKALI
Tidak melibatkan pindaan kepada perlembagaan atau akta acara kewangan
Keperluan peruntukan dan perbelanjaan agensi masih berdasarkan keperluan satu tahun


IMPLIKASI BAJET 2 TAHUN SEKALI
-Penyediaan dan pemeriksaan dibuat sekali untuk dua tahun
-Batas untuk tahun kedua ditetapkan dalam pemeriksaan tahun pertama
-Satu perjanjian program sahaja untuk tempoh dua tahun
-Laporan pengecualian untuk setiap tahun


PERUNTUKAN TAMBAHAN
          Peruntukan sedia ada tidak mencukupi
          Program/projek/aktiviti baru yang diluluskan
          Perluasan aktiviti sedia ada
          Perlu perlaksanaan segera
          Tidak boleh ditampung oleh peruntukan sedia ada/pindah peruntukan


PROSES PERUNTUKAN TAMBAHAN
          Agensi mengemukakan permohonan/justifikasi
          Perbendaharaan mengkaji/menimbang permohonan
          Tentukan tahap keperluan
          Kaji samaada boleh ditampung oleh peruntukan sedia ada/pindah peruntukan
          Mendapatkan kelulusan ybmk menggunakan peruntukan luar jangka/tambahan langsung


0 comments:

Post a Comment