buku ni baik dijadikan pengajaran bagi org melayu...kerana apa yg dibincangkan oleh penulis adalah bedasarkan situasi sebenar yg berlaku terhdap org melayu di singapura. org melayu yg terlampau mengagungkan bangsa lain patut sedar sebelum terlmbat. tak mustahil apa yg berlaku di singapura skrg akan berlaku di malaysia..  nasihat aku pada setiap ahli politik supaya jgn taksub sgt kejar kuasa sampai sanggup tunduk/angkat/ bodek/ takut kepada bangsa lain hanya kerana nk pancing undi mereka. jgn sampai menang sorak kampung tergadai. buku ini megkaji strategi kerajaan PAP bagi menghapuskan kuasa org melayu dan juga menghadkan kelangsungan kemajuan org melayu.
>>>>
Dilema Singapura merupakan kajian yang mengupas kepincangan dan  ketidakadilan dari segi peluang ekonomi, politik dan pendidikan akibat  dasar diskriminasi dan pilih kasih perkauman yang banyak merugikan orang  Melayu. Tujuan Lily Zubaidah menulis buku ini sangat jelas, iaitu untuk  menolak satu gagasan teori arus perdana yang selama ini diguna pakai  untuk menghuraikan sebab kemunduran Melayu di Singapura. Teori agung  yang dipelopori oleh para orientalis mengaitkannya dengan sifat jati  diri Melayu yang dikatakan negatif sebagai gologan yang ketandusan  budaya. Melalui dapatan di dalam buku ini, maka terdedahlah pelbagai  kepincangan dalam perancangan dan pendekatan pembangunan sosial dan  ekonomi di Singapura, yang menyebabkan bukan sahaja sebahagian besar  orang Melayu tertinggal jauh ke belakang tetapi juga golongan minoriti  lain.
Pengarang (Lily Zubaidah) cuba untuk menyampaikan mesej kepada pembaca:
1. Berlaku Peminggiran Orang Melayu.
2. Tahap Pencapaian Pelajaran Orang Melayu Singapura lebih rendah berbanding Masyarakat Cina Singapura.
3. Lebih ramai orang cina singapura berjaya mendapat peluang pekerjaan kelas tinggi.
4.  Kepercayaan tinggi ahli-ahli politik singapura terhadap faktor eugenik  yang akan mewujudkan generasi muda yang bijak pandai. Oleh itu, jika  seseorang mahu mendapat anak yang bijak, mestilah berkahwin atau  mendapat pasangan yang bijak.
5.  Ahli politik singapura tidak mahu terlalu melebihkan orang Melayu  kerana mahu orang Melayu dan bangsa lain bangun sendiri. Ianya akan  mewujudkan peluang daya saing antara masyarakat lebih luas. Seterusnya,  membina kemajuan Singapura yang lebih gemilang.
6. Kelemahan politik orang Melayu membuatkan suara mereka tidak begitu kedengaran.
7. Ramai orang Cina Singapura mendapat pendapatan lebih tinggi berbanding orang Melayu Singapura.
8.  Disebabkan pentadbiran PAP lah negara Singapura menjadi maju walaupun  ianya sebuah negara yang kecil dan tidak banyak sumber alam berbanding  negara Malaysia.
9.  Negara Malaysia untuk masyarakat Malaysia. Negara Singapura untuk  masyarakat Singapura. Atas dasar ini Malaysia dan Singapura dipisahkan.
p/s - aku da baca buku ni 2008 dulu.. mmg !#$!#!@$!@ la. korang baca la sndiri baru tau..
kredit: geng ulat buku 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment