Friday 20 May 2011

Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah RM401 bilion pada 13 Mei

BERNAMA, 2011/05/20

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM401 bilion (AS$132.6 bilion) pada 13 Mei, 2011 berbanding RM393.2 bilion pada 29 April, 2011.

"Kedudukan rizab mencukupi untuk membiayai 9.4 bulan import tertangguh dan 4.4 kali hutang luar jangka pendek," kata bank pusat dalam satu kenyataan hari ini.
Ia berkata komponen utama rizab terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$120.4 bilion), kedudukan rizab IMF (AS$700 juta), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$2.0 bilion), emas (AS$1.7 bilion) dan aset rizab yang lain (AS$7.8 bilion.
Jumlah aset BNM, termasuk rizab antarabangsa sebanyak RM486.3 bilion.

Selain rizab antarabangsa, yang lain termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.0 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM64.3 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM11.5 bilion) dan lain-lain aset (RM7.4 bilion).

Liabiliti pula meliputi modal berbayar (RM100 juta), dana rizab am (RM13.6 bilion), rizab lain (RM5.4 bilion), mata wang dalam edaran (RM56.3 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM217.5 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM25.8 bilion), deposit lain (RM9.0 bilion), kertas Bank Negara (RM123.2 bilion), peruntukan SDR (RM6.5 bilion) dan liabiliti lain (RM28.9 bilion). - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment