Monday 2 May 2011

Pertahanan Malaysia: Satu Sudut Pandang.



      Baru-baru ini SIPRI (Stockholm International Peace Research Institute) telah mengeluarkan data perbelanjaan pertahanan bagi tahun 2010. Menarik untuk dibincangkan disini bahawa aspek pendidikan pertahanan amat jarang sekali dibincangkan secara umum. Mungkin salah satu faktor yang mendorong kearah tersebut adalah tanggapan umum bahawa bidang ketenteraan adalah rahsia dan berkisar tentang keselamatan negara. Namun begitu, pada pendapat saya rakyat seharusnya tahu keupayaaan negaranya sendiri supaya setiap keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan dapat dinilai oleh rakyat seterusnya memberikan informasi mengenai perbelanjaan wang negara termasuklah informasi mengenai tahap keselamatan mereka. 

  SIPRI (Stockholm International Peace Research Institute) adalah satu organisasi antarabangsa yang diwujudkan  bagi tujuan kajian terhadap konflik, kawalan persenjataan (arms contol), armament dan disarmament. SIPRI juga turut menyumbang melalui pemberian data, analisis dan cadangan dan sebagainya kepada policy maker, media dan orang awam. Pada dasarnya setiap negara anggota PBB wajib memberikan laporan mengenai transfer persenjataan konvensional kepada negara lainnya.

Keupayaaan ketenteraan malaysia. 

      Angkatan Tentera Malaysia pada ketika ini sedang melaksanakan transformasi berdasarkan plan pertahanan baru iaitu Fourth Dimension Malaysian Armed Forces (4D MAF) capability plan. Strategi ini berpusat kepada tiga teras utama iaitu – joint force, information superiority and multi-dimensionality in subsurface, surface, air and information realms.

       Pertahanan Malaysia tertumpu kepada tiga teras utama iaitu self-reliance, kerjasama serantau dan juga bantuan luar. Malaysia tidak mempunyai keupayaan industri yang berupaya megeluarkan peralatan ketenteraan berat. Apa yang ada pada hari ini hanyalah industry kecil yang mengeluarkan perkakasan bantuan dan juga khidmat pemasangan jentera. Jadi oleh itu              Malaysia menekankan kepentingan  kerjasama serantau seperti ASEAN bagi mengukuhkan lagi kedudukannya. 

      Bajet yang diperuntukkan pada tahun 2011 adalah sebanyak RM 19.10 bil iaitu 3% daripada keseluruhan GDP.  Kekuatan ketenteraan malaysia adalah seramai 100 000-106 500 dan simpanan seramai 60 000 - 85 000. Berdasarkan jumlah ini, Malaysia berada di kedudukan keempat selepas Indonesia(400 000), Thailand(305 000), dan Philipines(106 000-110 000). Malaysia juga mempunyai kekuatan kereta kebal sebanyak 74 jauh lebih sedikit berbanding negara ASEAN yang lain iaitu- Indonesia (375), Singapura(450), Thailand(743). Namun begitu, jumlah kereta perisai (armored vehicles) bolehlah dianggap seimbang iaitu sebanyak 1348, (Indonesia-943, Singapore-1764, Thailand-1460).   

       Kementerian Pertahanan pernah menyuarakan mengenai keperluan combat helicopter. Namun hasrat tersebut terpaksa diabaikan buat seketika memandangkan keperluan mendesak terhadap helicopter pelbagai guna (perbelanjaan yang besar ditanggung kerajaan bagi menggantikan pesawat Nuri). Oleh yang demikian, Malaysia tidak mempunyai helicopter khusus untuk tujuan serangan sedangkan negara jiran lain mempunyai jumlah yang agak signifikan iaitu- Indonesia(24), Singapore(40), Thailand(3). Helicopter dan pesawat lain milik malaysia adalah sebanyak 11 unit, manakala Indonesia 116, Thailand 239.

     Kekuatan Malaysia yang lain termaksuklah 12 patrol vessel dan 2 kapal selam (1 trainer). Perbandingan dengan Negara Asean lain- Indonesia: 52 patrol vessel, 2 submarines, Singapore: 11 patrol vessel, 6 submarines dan Thailand mempunyai 82 patrol vessel. 

        Tujuan perbandingan ini dijalankan adalah bagi tujuan menilai keseimbangan kekuatan ketenteraan sekitar asia tenggara. Perlu diingatkan bahawa tidak semua jenis senjata dan teknologi dimuatkan dalam artikel ini. Ianya hanyalah sebahagian daripada seluruhnya. Selain daripada itu, keperluan terhadap teknologi adalah bergantung kepada kehendak geografi, kuasa beli dan keperluan sesebuah negara. Jadi tidak hairanlah sekiranya sesebuah negara mempunyai lebih kekuatan pada aspek tertentu berbanding negara lain.

0 comments:

Post a Comment