Sunday, 4 May 2014
Adakah sokongan hudud Umno sekadar gimik?
Adakah sokongan hudud Umno sekadar gimik?
1. komitmen yg ditunjukkan Umno untuk perlaksanaan hudud di kelantan boleh jadi hanyalah sekadar gimik. tujuannya adalah untuk menarik kembali minat golongan cina untuk kembali mnyokong barisan nasional.
2. strategi ini seolah menyampaikan mesej kepada golongan cina iaitu 'sekiranya anda tidak bersama kami, kami buat perkara anda tidak suka'.
3. setelah isu hudud hangat diperkatakan, kini timbul semula keinginan mca untk memegang jawatan kabinet. hal ini bukan sahaja disebabkn keinginan/pujukan Najib untk membawa bersama deligasi chinese malaysian minister dalam kunjunganya ke Beijing nanti tetapi turut disebabkn mereka merasakan inilah masa yg sesuai untuk meraih semula sokongan cina kembali kepada barisan nasional.
4. menurut sumber, tiga jawatan menteri dan lima jawatan timbalan menteri bakal diisi oleh mca dalam kabinet reshuffle yg dijangka akan diadakan tidak lama lagi.
5. walaupun hal ini mungkin tidak memberi apa-apa kesan terhadap usaha Pas di parlimen, tetapi perlu diingat bahawa belum tentu semua ahli parlimen melayu/islam akan mnyokong usul tersebut.
6. namun sebagai seorang islam, husnu zon atau bersangka baik haruslah dijadikan pegangan. sekiranya Umno ikhlas dan Pas bersungguh maka kita patut bersyukur kerana setidak-tidaknya mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin. maka kini terpulang kepada kita untuk membentuk masyarakat yg lebih baik bebas dari sebarang kemungkaran. undang-undang dicipta bukan untuk menghukum tetapi untuk dijadikan penghindar agar manusia mengelak dari melakukan kesalahan.
7. memetik titah Sultan Hassanal Bolkiah "kita tidak mengharapkan mereka menerima dan mempersetujui kita tetapi memadailah jika mereka menghormati kita sahaja sebagaimana kita juga menghormati mereka". Kaum lain tidak patut rasa khuatir, hudud hanya untuk orang Islam sahaja dan menjadi tanggungjawab orang Islam menegakkan hukum Islam.
8. Kepada orang Islam peganglah ayat berikut: surah Muhammad, ayat 7, tafsirnya; " wahai orang-orang beriman jika sekiranya kamu menolong agama Allah nescaya Allah akan menolong dan membela kamu untuk mencapai kemenangan serta menetapkan pendirian kamu dalam membela kebenaran."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment