Sunday 22 January 2012

compilation note kastam....

 
Perkembangan       


Pada hari Selasa, 29hb. Oktober 1963 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Jabatan Kastam dan Eksais dianugerahkan gelaran Diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.Ini adalah sebagai satu penghormatan Kerajaan di atas sumbangan Jabatan terhadap negara. Ia merupakan antara detik paling penting dalam sejarah perkembangan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia.

Dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16hb. September 1963, maka sekali lagi struktur pentadbiran Jabatan Kastam dan Eksais disusun semula untuk membolehkan keseragaman dilakukan. Jabatan Kastam telah dibahagi kepada tiga wilayah utama iaitu Semenanjung Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Malaysia Barat), Sabah dan Sarawak, di mana setiap wilayah diketuai oleh seorang Pengawal Kastam Wilayah (Regional Comptroller of Customs and Excise)

Pindaan pada Ordinan Kastam, 1952 yang berkuatkuasa pada 1 Oktober 1964 telah memansuhkan jawatan Pegawai Hasil (Revenue Officer) dan Pegawai Kastam Muda (Junior Customs Officer), dan memperkenalkan jawatan Pegawai Kastam (Customs Officer), Pegawai Kastam Kanan (Senior Customs Officer) dan Pegawai Kastam Tinggi (Chief Customs Officer). Selain itu, pindaan ini juga mewujudkan jawatan Penolong Penguasa Kastam (Assistant Superintendent of Customs) dan Penguasa Kastam (Superintendent of Customs).

Pada tahun 1964 juga menyaksikan semua pegawai kastam yang berkhidmat adalah anak tempatan apabila dua orang pegawai Inggeris yang terakhir menamatkan tempoh perkhidmatan mereka.
           
Walaupun Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak terkandung dalam Persekutuan Malaysia, namun masing-masing masih bergerak di bawah Ordinan-Ordinan Kastam dan Perintah Duti yang berasingan. Ini memberi kesan kepada pergerakan barangan di antara sebuah wilayah ke wilayah yang lain. Pergerakan barangan tidak dapat dilaksanakan dengan mudah disebabkan oleh perbezaan tersebut. Ekoran daripada masalah ini, maka pengawal bagi ketiga-tiga wilayah telah bertemu pada pertengahan tahun 1967
Hasil daripada perjumpaan tersebut telah melahirkan sebuah Akta Kastam No. 62, Tahun 1967 yang memberikan seluruh Malaysia satu undang-undang kastam yang tunggal. Susulan daripada itu Jawatan- kuasa Cukai Tidak Langsung di Perbendaharaan telah giat menyediakan sebuah tarif bersama untuk ketiga-tiga wilayah ini.
             
Pada tahun 1972 Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia telah terlibat dengan penyusunan semula pentadbiran berikutan dengan laporan seorang pakar daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund). Pada 1 Ogos 1972, nama jawatan ketua bagi Jabatan Kastam telah diubah kepada Ketua Pengarah Kastam (Director General of Customs and Excise); dan dua jawatan baru telah diwujudkan iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pelaksanaan) dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan). Mulai tarikh tersebut juga, jawatan Pengawal Kastam Wilayah (Malaysia Barat) telah dimansuhkan dan digantikan dengan tiga Pengarah Kastam Kawasan sebagai ketua bagi tiap-tiap satu kawasan, iaitu utara, tengah dan selatan yang sebelum itu diketuai oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam.
           
Pada tahun 1972 juga, satu perundangan hasil yang dinamakan Akta Cukai Jualan, 1972 telah diisytiharkan dalam Warta Kerajaan sebagai Akta 64 Undang-Undang Malaysia dan mula berkuatkuasa pada 29 Februari 1972. Cukai yang dikenali sebagai Cukai Jualan ini dikenakan ke atas semua barangan import dan buatan tempatan, melainkan barang-barang yang dikecualikan di bawah Perintah Cukai Jualan (Pengecualian), 1972, atau yang dibuat oleh pengilang-pengilang yang dikecualikan daripada dilesenkan di bawah Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan), 1972.
             
Seterusnya pada tahun 1975, Kerajaan telah memperkenalkan satu lagi undang-undang yang dipanggil Akta Cukai Perkhidmatan, 1975. Ini membolehkan Jabatan memungut cukai perkhidmatan daripada tempat perniagaan yang ditetapkan yang menyediakan perkhidmatan dan barangan yang dikenakan cukai di bawah Jadual Kedua, Peraturan Cukai Perkhidmatan, 1975.
           
Penguatkuasaan Akta Levi Kenderaan bermula daripada 1 Januari 1984 juga telah menyumbang dalam meningkatkan pungutan hasil Jabatan. Dengan penguatkuasaan tersebut, setiap kenderaan yang membawa barangan tertentu yang meninggalkan atau memasuki negara sama ada membawa barangan atau yang kosong, (melainkan yang dikecualikan) dikenakan bayaran levi.
                       
Sehingga tahun 1977, walaupun Malaysia telah 14 tahun wujud, masih terdapat beberapa undang-undang kecil di tiga Wilayah Kawalan Kastam yang beroperasi secara berasingan. Kajian telah dibuat supaya satu undang-undang sahaja dipakai di Wilayah Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Gerakan tersebut dinamakan Gerakan Harmonisasi. Faedah pertama yang dihasilkannya ialah pergerakan barang-barang dari satu wilayah ke wilayah lain tidak lagi dianggap sebagai import atau eksport; dan cukai ke atas sesuatu barangan hanya dibayar sekali sahaja, iaitu apabila pertama kali barangan itu diimport atau dieksport daripada Malaysia. Ini bermakna perdagangan antara wilayah-wilayah dapat berjalan dengan bebas dan lancar.
                       
Pada 19 Disember 1977, Pulau Pinang diisytiharkan termasuk dalam Kawasan Utama Kastam. Dengan itu taraf Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas telah dimansuhkan. Jabatan juga telah menggunakan Sistem Unit Antarabangsa (SI) iaitu penggunaan sistem metrik dalam sistem sukatan, yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1978 melalui Perintah Duti Kastam, 1978.      
           
Pada tahun 1979, Jabatan Kastam telah menyusun semula struktur organisasinya. Jabatan Kastam terus diketuai oleh Ketua Pengarah Kastam. Beliau kini dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah Kastam yang bertanggungjawab ke atas program-program Pelaksanaan, Pencegah, serta Pengurusan dan Dasar. Struktur organisasi di peringkat Ibu Pejabat disusun mengikut kawasan aktiviti di mana setiap aktiviti diketuai oleh seorang Pengarah Kastam. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah Bahagian Pencegah, Kastam, Cukai Dalam Negeri, Penyelidikan, Perancangan dan Latihan, Pungutan Hasil serta Pentadbiran Am dan Kewangan. Begitu juga di peringkat negeri di mana semua negeri dalam Persekutuan Malaysia diketuai oleh Pengarah Kastam. Selain itu, Jabatan juga mempunyai sebuah stesen di Singapura yang ditadbir oleh Pemungut Cukai Kastam PersekutuaN

Tahun 1983 mencatat sejarah apabila julung-julung kali Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia merayakan Hari Kastam Sedunia. Tarikh 26 Januari dipilih bersempena ulang tahun ke 30 penubuhan Majlis Kerjasama Kastam (sekarang dikenali sebagai Pertubuhan Kastam Sedunia, atau ringkasnya WCO). Sambutan Hari Kastam yang pertama ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Kewangan Malaysia di perkarangan Maktab Latihan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (sekarang dikenali sebagai Akademi Kastam Diraja Malaysia).
             
Tahun 1987 pula telah mengisytiharkan perpisahan Langkawi dari Kawasan Utama Kastam, dan menjadikannya sebuah pelabuhan bebas yang kedua di Malaysia selepas Labuan. Penganugerahan taraf pelabuhan bebas kepada Langkawi mulai 1 Januari 1987 adalah bertujuan untuk menggalakkan industri pelancongan di Langkawi (yang belum diusahakan dengan sewajarnya), dan dengan itu dapat meningkatkan taraf hidup penduduk-penduduk setempat.
             
Sistem penjenisan barang-barang dagangan di Malaysia telah membuka lembaran baru mulai 1 Januari 1988. Mulai tarikh tersebut, bermula sejarah penggunaan sistem nomenklatur baru yang diberi nama Pengharmonian Sistem Pemerihalan dan Pengekodan Komoditi, atau ringkasnya dipanggil Sistem Berharmonis. (Dalam Bahasa Inggeris, sistem baru ini disebut The Harmonised Commodity Description and Coding System, ringkasnya Harmonised System). Penggubalan Sistem Berharmonis adalah bertujuan untuk mewujudkan satu sistem nomenklatur yang standard dan universal, sejajar dengan perkembangan teknologi moden dan kemajuan perdagangan antarabangsa.        
           
Dalam menghadapi kemajuan dunia perdagangan di dalam dan luar negeri yang amat pesat, peranan Jabatan sentiasa tercabar. Bagi melengkapkan Jabatan dengan keperluan tenaga kerja selaras dengan perkembangan ini, peningkatan tahap pengetahuan, kemahiran dan keupayaan petugas-petugas Jabatan adalah sangat penting. Antara langkah utama ke arah pencapaian ini ialah dengan memajukan Maktab Kastam Diraja Malaysia yang telahpun ditubuhkan sejak bulan Ogos 1956 (sebelum itu dikenali sebagai Pusat Latihan Kastam Persekutuan, Sekolah Latihan Kastam Persekutuan dan Maktab Latihan Kastam Diraja)
           
Setelah beberapa tahun melalui proses kajian dan perancangan, maka pada tahun 1989, maktab ini telah diperbesarkan. Kini ia dikenali sebagai Akademi Kastam Diraja Malaysia, atau ringkasnya AKMAL yang membawa maksud "lebih sempurna".

Bermula 1 Januari 1990 tercatat satu lagi peristiwa dalam sejarah perkastaman negara. Negeri Perlis diwujudkan sebagai satu pentadbiran kastam yang baru. Sebelum tarikh itu, Kastam Perlis diletakkan di bawah pentadbiran Pengarah Kastam Negeri Kedah/Perlis beribu pejabat di Alor Setar, Kedah. Dengan penubuhan pentadbiran kastam baru ini segala kegiatan dan urusan perkastaman di negeri Perlis dapat dilaksanakan dengan lebih licin lagi.
           
Sekali lagi pada tahun 1995, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia telah menyusun semula struktur organisasinya. Jawatan tertinggi masih dikekalkan di mana Jabatan terus diketuai oleh Ketua Pengarah Kastam dan dibantu oleh tiga orang Timbalan, yang bertanggungjawab ke atas Program Pelaksanaan, Pencegahan dan Pengurusan. Satu program baru telah diperkenalkan, iaitu Program Perancangan dan Pembangunan Korporat. Bagaimanapun program ini hanya terdapat di peringkat Ibu Pejabat. Selaras dengan itu, aktiviti-aktiviti perkastaman di Ibu Pejabat juga disusun seperti berikut:-

    * Aktiviti-Aktiviti Kastam, Cukai Dalaman dan Perkhidmatan Teknik - diletakkan di bawa Program Pelaksanaan.
    * Aktiviti Pencegahan - di bawah Program Pencegahan.
    * Aktiviti-Aktiviti Pengurusan Personel dan Pentadbiran, Pengurusan Kewangan dan Perolehan, Sistem Maklumat Pengurusan dan Perakaunan Hasil - di bawah Program Pengurusan.
    * Aktiviti-Aktiviti Perancangan Korporat dan AKMAL - di bawah Program Perancangan dan Pembangunan Korporat.

           
Setiap aktiviti ini diketuai oleh seorang Pengarah Kastam. Jawatan Pengarah Kastam di negeri-negeri masih dikekalkan. Begitu juga dengan jawatan Pemungut Cukai Kastam Persekutuan di Singapura dan Menteri Penasihat Kastam di Brussels, Belgium. Di samping itu, bagi menambah keberkesanan tugas Jabatan, Unit Perhubungan Awam, Unit Audit Dalam dan Hal Ehwal Perundangan diletakkan terus di bawah Ketua Pengarah Kastam.
                       
Pada 23 Oktober 1998, YAB Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan I ketika itu, dalam ucapan Belanjawan 1999 di Dewan Rakyat telah mengumumkan satu levi ke atas keuntungan luar biasa yang dikenakan mulai 1 Januari 1999 bertujuan membantu kerajaan memperoleh hasil tambahan. Keuntungan luar biasa ialah satu keuntungan yang terlebih yang didapati apabila harga jualan yang tinggi diperolehi berikutan kejatuhan nilai Ringgit ekoran kegawatan ekonomi yang melanda negara sejak pertengahan tahun 1997. Barangan pertama yang dikenakan levi ini ialah minyak sawit mentah di mana levi akan dikenakan apabila harganya melebihi RM2,000.00 setan.




Pembentukan Kesatuan / Jabatan        
           
PEMBENTUKAN KESATUAN KASTAM SEMENANJUNG TANAH MELAYU
           
Dalam persidangan Raja-Raja Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau dikenali sebagai Durber pada tahun 1931 di Sri Menanti, Negeri Sembilan, cadangan untuk memperluaskan kesatuan telah dikemukakan oleh Sir Cecil Clementi, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Cadangan beliau ini adalah berasaskan kepada semakin bertambahnya cukai import dari tahun ke tahun.
           
Sehingga tahun 1932, tarif kastam telah meliputi sejumlah besar barangan dan terpaksa diwujudkan duti keutamaan (preferential duty) bagi barangan yang datang daripada empayar British. Akibat daripada pergantungan yang amat sangat terhadap duti import sebagai hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Sir Cecil berpendapat ;
             
"Like the rest of the British Empire become increasingly dependent on Customs import duties as their main source of revenue, and it was on this score that he strongly recommended the creation of a customs union embracing the whole of the Malay peninsula if trade is not to be intolerably cramped, and the interdependence of one territory upon another in matter of commerce".
(C.R. Emerson, Malaysia a study in Direct and Indirect Role, Out 1979, p.190)           
           
Seterusnya beliau mengesyorkan agar satu kesatuan kastam dibentuk bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Ini supaya pertambahan tarif di Negeri-negeri Melayu Bersekutu tidak menggugat kelancaran perdagangan di negeri-negeri tersebut.
             
Bagaimanapun pembentukan Kesatuan Kastam bagi Semenanjung Tanah Melayu hanya berjaya dibentuk pada tahun 1946, iaitu dengan terbentuknya Malayan Union pada bulan April, 1946, dan Jabatan ini diberi nama Customs and Excise of Malayan Union. Walau bagaimanapun dengan pembubaran Malayan Union pada tahun 1948 maka Jabatan ini telah disusun semula. Jabatan Kastam pada masa itu bukan sahaja terdiri daripada Jabatan Kastam yang diletakkan di bawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu tetapi meliputi juga Jabatan Kastam yang terletak di bawah pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.
             
                         
           
PEMBENTUKAN JABATAN KASTAM & EKSAIS PERSEKUTUAN TANAH MELAYu
           
Dengan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, maka terbentuklah sebuah Jabatan Kastam dan Eksais bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Mengikut Ordinan Kastam 1952, Jabatan ini diletakkan di bawah penguasaan Pesuruhjaya Tinggi bagi Tanah Melayu dan diketuai oleh seorang Pengawal Kastam (Comptroller of Customs), sepertimana yang terdapat sejak tahun 1938. Ini berlanjutan sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
             
Seksyen 138, Ordinan Kastam, 1952 memberi kuasa kepada Majlis Persekutuan untuk mengeluarkan segala peraturan yang berhubung dengan hal ehwal perkastaman. Kawasan utama kastam pada masa itu adalah seluruh Semenanjung Tanah Melayu kecuali Pulau Pinang (untuk mengekalkan tarafnya sebagai sebuah Pelabuhan Bebas)
           
Ekoran daripada pembentukan Kesatuan Kastam bagi seluruh Tanah Melayu pada tahun 1948, maka keperluan untuk meningkatkan prestasi kakitangan Jabatan bagi memenuhi keperluan negara yang akan menuju ke arah kemerdekaan adalah amat mendesak. Dengan itu pada tahun 1956 sebuah pusat latihan telah ditubuhkan di Bukit Baru, Melaka. Pusat yang dikenali sebagai Pusat Latihan Kastam Persekutuan ini, pada mulanya hanya mampu menampung seramai 40 orang pelatih pada satu-satu masa.
             
Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sekali lagi struktur pentadbiran Jabatan Kastam dan Eksais telah disusun semula untuk memenuhi keperluan Tanah Melayu yang merdeka. Pentadbiran Jabatan Kastam dan Eksais telah diletakkan di bawah Kementerian Kewangan yang diketuai oleh seorang Pengawal Kastam dan Eksais yang bertanggungjawab kepada Menteri Kewangan.
             
                         
           
Jabatan juga, dari segi kawasan telah dibahagikan kepada tiga wilayah, berdasarkan kepada tiga pusat perdagangan yang utama. Bagi Wilayah Utara, pengkalannya adalah di Pulau Pinang dan meliputi Kedah, Perlis dan Perak. Bagi Wilayah Tengah pula, pengkalannya adalah di Kuala Lumpur dan kawasannya meliputi Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Akhir sekali ialah Wilayah Selatan yang meliputi Johor, Pahang, Melaka dan stesen Kastam di Singapura. Tiap-tiap Wilayah diketuai oleh seorang Penolong Kanan Pengawal Kastam (Senior Assistant Comptroller of Customs).


Sejarah Awal       
           
Sistem pentadbiran cukai sebenarnya telah wujud di negara ini sejak zaman sebelum kedatangan penjajah Barat lagi, iaitu pada zaman Kerajaan Melayu Melaka dan Kerajaan Johor-Riau.
             
Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka telah wujud peraturan-peraturan laut dan pelabuhan serta hal-hal yang berhubung dengan struktur percukaian yang melibatkan saudagar-saudagar asing dan tempatan. Pada masa itu pemungut cukai dan segala yang berhubung dengan cukai adalah di bawah tanggungjawab Penghulu Bendahari yang bertugas sebagai :  
           
" ... the Chief of the Exchequer. (He) controlled all the revenue and Customs Officers and looked after the palace building and equipment".
(R.J.W. Wilkinson "The Melaka Sultanate". JMBRAS VOL. XIII-Pt.2, 1935, p.31).
             
                         
           
Jawatan yang bertanggungjawab untuk memungut cukai ialah Shahbandar. Mereka merupakan golongan yang menguatkuasakan peraturan-peraturan dan Undang-Undang Pelabuhan melalui kuasa yang telah diberikan oleh Raja.


Sejarah JKDM                  
           
Sejarah awal kegiatan memugut cukai wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad yg ke-16. Sejarah mambuktikan kegiatan memugut cukai dikuasai oleh pembesar-pembesar Melayu yang mengawal laluan-laluan sungai ketika itu. Semua hasil-hasil pertanian telah dikenakan cukai oleh pembesar-pembesar Melayu dan cukai dipungut apabila melalui sungai tersebut.
             
Melaka kemudiannya berkembang sebagai pusat perdagangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. Pedagangan-pedagang dari Parsi, Timur Tengah, India mahapun dari China mula menjalankan perdagangan di Perlabuahan Sungai Melaka. Antara barang dagangan yang diniagakan adalah seperti sutera, rempah ratus, pinggan mangkuk dan sebagainya. Perdagangan ketika itu berkonsepkan tukar barang "Barter Trade".
           
Sejak tahun 1511 ketika Portugis menjajah Tanah Melayu, sistem percukaian telah di ambil alih.Fenomena ini telah menyebabkan pembesar-pembesar dan Kesultanan Melayu Melaka memberontak dan menetang penjajah.
             
Sejarah juga membuktikan saki-baki dagangan secara "Barter Trade" masih berlaku hingga kini walaupun secara dasarnya telah berlaku perubahan sistem yang melibatkan penggunaan mata wang. Pejabat Kastam Melaka yang terletak di Muara Sungai Melaka adalah antara bangunan tertua yang mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri.
Pengisian kemerdekaan yang melibatkan pembangunan industri telah secara langsung mengubah sistem percukaina yang ada. Tumpuan tidak lagi ke atas pelabuhan tetapi kawalan juga ke atas sektor perindustrian dan cukai-cukai dalaman.


For advance learner…ni aku bg outline je..note cari sndri…

1. Struktur dan Fungsi Jabatan Kastam Peringkat Negeri / Stesen.

Struktur Organisasi Jabatan Kastam
a) Bahagian Pengurusan
b) Peranan
c) Fungsi & Tanggungjawab

Bahagian Kastam
a) Peranan
b) Fungsi & Tanggungjawab

Bahagian Perkhidmatan Teknik
a) Peranan
b) Fungsi & Tanggungjawab

Bahagian Cukai Dalaman
a) Peranan
b) Fungsi & Tanggungjawab

Bahagian Pencegahan
a)Peranan
b)Fungsi & Tanggungjawab

Bahagian Korporat
a) Peranan
b) Fungsi & Tanggungjawab

Peringkat negeri / stesen

peranan dan tanggungjawab serta

pengenalan kepada pemakaian pangkat


2. Pengenalan kepada Perundangan yang ditadbir dan dikuatkuasa
oleh Jabatan Kastam

Pengenalan kepada perundangan-perundangan yang ditadbir oleh Jabatan Kastam

Perundangan-perundangan utama
a) Akta Kastam 1967
Seksyen 2,8, 11, 13,13A, 13B, 14, 16, 17, 17A, 18, 19, 22, 31, 34, 55, 65, 65A, 65B, 65C,
66, 78, 80, 87A, 90, 93, 95, 99, 100, 100A, 104, 111B

b) Akta Cukai Jualan 1972 (Konsep)
Seksyen 6, 8, 9, 10, 31, 32, 29, 30

c) Akta Zon Bebas 1990
Konsep, bidang kuasa Pihak Berkuasa Zon, bidang kuasa pihak Kastam, Aktiviti
Import/Eksport, Transhipment

d) Akta Levi Kenderaan barang-barang 1983

e) Lain-lain Akta

Perundangan-perundangan subsidiari

o Peraturan-peraturan Kastam1977
a) Perintah Duti Kastam 2007
b) Perintah Duti Kastam(Pengecualian) 1988
c) Perintah Duti Kastam (Barang-barang berasal dari ASEAN) (Tariff Nomenklatur
BerharmonisAsean dan Tarif Keutamaan Sama Rata) 2007
d) Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 1998
e) Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1998
f) Perintah Kastam(Sekatan Pergerakan) 2000


3. Prosedur Import dan Eksport, Pengikraran Kastam dan Borang-
Borang Berkualiti
Prosedur dalam Kawasan Utama Kastam
a) Definisi import & eksport
b) Prosedur
c) Perundangan & seksyen-seksyen berkaitan
d) Dokumentasi
e) INCOTERMS (International Commercial Terminologies)

Prosedur di Langkawi, Labuan, Pulau Tioman & Zon Bebas
a) Definisi import & eksport
b) Prosedur
c) Perundangan & seksyen-seksyen berkaitan
d) Dokumentasi

Definisi ikrar dan borang berkualiti
Ciri-ciri ikrar dan borang berkualiti (Seksyen 78 – 87A Akta Kastam 1967)
Manfaat (Memudahkan pelepasan, taksiran, penjenisan dll)

4. Perlaksanaan Label Cukai dan Dakwat Keselamatan (Security Ink
a) Pengenalan
b) Prosedur dan Tatacara Penggunaan

5. Fasilitasi Perkastaman dan Pergerakan / Pemindahan Barangan
Fasilitasi Prosedur:
a) Import Sementara
b) Sistem ATA Carnet
c) Sistem Pelepasan Kastam
d) Sistem Pelepasan Terus
e) Selected Release System Scheme (SSPT)
f) Planned Import Release System (SEPATI)
g) ASEAN Goods Green Lane Release Scheme
h) Pasukan Pemeriksaan Bergerak Khas
i) Pre-Clearance
j) Export Declaration In-Situ
k) Express Handling Unit
l) Express Release Unit
m) Penggudangan :
i) Jenis-jenis
ii) Konsep
iii) Perundangan
iv) Ciri-ciri
v) Syarat-syarat kelulusan
vi) Aktiviti-aktiviti yang dibenarkan
vii) Prosedur
viii) Dokumentasi
ix) Tanggungjawab pengendali dan klien
n) Pulangan balik duti (duty drawback) di bawah seksyen 95 dan 99 Akta Kastam 1967 dan
seksyen 29 Akta Cukai Jualan 1972
o)Pembayaran balik (refund) di bawah seksyen 16, 96 Akta Kastam 1967 dan seksyen 32 Akta
Jualan 1972
Remitan duti di bawah seksyen 14A dan 18

6. Asas Penjenisan
a) Overview penjenisan barangan
b) Sejarah perkembangan tatanama barangan
c) Langkah-langkah penjenisan barangan
d) Rukun-rukun pentafsiran penjenisan
e) Permohonan keputusan penjenisan
i) Permohonan penjenisan biasa
ii)Permohonan penjenisan di bawah ketetapan kastam
iii)Penjenisan barangan cukai dibayar secara bantahan
f) Kepentingan penjenisan yang tepat

7. Asas-asas Penilaian Barangan Import
a) Overview perjanjian penilaian WTO
b) Kaedah penilaian barangan import
i) Nilai urusniaga dan Pelarasan
ii) Nilai urusniaga atas barangan yang sama
iii) Nilai urusniaga barangan serupa
c) Perundangan dan seksyen yang berkaitan Akta Kastam 1967
i)Seksyen 100, 100A, 101, 106A, 111B, 143B
ii)Peraturan-peraturan Kastam (Kaedah-kaedah Penilaian) 1999
d) Permohonan keputusan penilaian
i)Permohonan penilaian di bawah ketetapan kastam.
ii)Penilaian barangan cukai dibayar secara bantahan
e) Kepentingan penilaian yang tepat

8. Kesalahan-Kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Berkaitan
a) Seksyen-seksyen yang berkaitan dalam Akta Kastam 1967 dan Peraturan-peraturan Kastam 1977

i)Akta Kastam 1967
- Seksyen 90(6), 131, 135, 137

ii)Peraturan-peraturan Kastam 1977
- Peraturan 66 dan 67

iii)Jenis-jenis kesalahan dan penalti
- Seksyen 133, 135, 138, 140 Akta Kastam 1967
- Akta Eksais 1976

Overview Seksyen Berkaitan Perintah Duti Eksais 2004
b)Seksyen-seksyen yang berkaitan dalam Akta Cukai Jualan 1972
i)Jenis-jenis kesalahan dan penalti
ii)Seksyen 43, 43A, 44, 45 Akta Cukai Jualan 1972
c) Seksyen-seksyen yang berkaitan dalam Akta Cukai Perkhidmatan 1975
i)Jenis-jenis kesalahan dan penalti
ii)Seksyen 30, 31, 32, 33, 34, 35, 39 Akta Cukai Perkhidmatan 1975
d) Seksyen-seksyen yang berkaitan dalam Akta Zon Bebas 1990
i)Jenis-jenis kesalahan dan penalti
ii)Seksyen 9, 18, 19, 20, 30A, 31, 32, 33 Akta Zon Bebas 1990
e) Risikan dan implikasi
i)Indikator risikan dan implikasi kepada pengimport
ii)Ampoma
f) Ancaman
i)Sindiket Penyeludupan
ii)Gangsterisme
iii)Ugutan
iv)Kemungkaran dalaman (Internal Complicity)

9. Kepentingan Statistik dalam Perdagangan Antarabangsa

Pengenalan :
a)Pengenalan Jabatan Perangkaan Malaysia (Fungsi, Objektif dan Akta)
b)Pengenalan Bahagian Perangkaan Perdagangan Luar Negeri
c)Metodologi pengumpulan maklumat perangkaan perdagangan luar negeri
d)Konsep yang digunakan dalam pengumpulan maklumat perangkaan
i)Direct (K1, K2, K8)
ii)Transhipment (K8, K9)
iii)Internal (K1, K2, K3, K8)

(Tumpuan kepada butir-butir dalam borang Kastam)

Maklumat perdagangan antarabangsa
a)Butir-butir yang berkaitan
b)Sumber maklumat
c)Kastam
d)Sumber-sumber lain
e)Ciri-ciri kepentingan maklumat sesuai dengan keperluan penyediaan maklumat perangkaan perdagangan luar negeri
i)Lengkap
ii)Tepat
iii)Menepati masa

Kepentingan maklumat dan implikasi maklumat yang tidak tepat dalam perdagangan luar negeri

a)Isu-isu yang akan / sedang dihadapi kerana maklumat perangkaan perdagangan luar negeri yang tidak berkualiti

Kuiri-kuiri yang diajukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia

10. Dasar Baru Agen Kastam dan Tanggungjawab Agen
a) Pendahuluan
i)Tugas dan tanggungjawab agen di bawah sekyen 90 Akta Kastam 1967 dan seksyen 8
Akta Cukai Perkhidmatan 1975
ii)Peranan agen
- Sebagai individu (peningkatan kualiti, perantaraan, memberi nasihat, membantu
pelepasan dagangan, membantu mempercepatkan sistem penyampaian)
- Kepada negara (mencapai wawasan negara, tanggungjawab agen kepada hasil negara dannkeselamatan negara).
b)Dasar-dasar perlaksanaan
c)Syarat-syarat kelulusan agen
d)Tatacara permohonan baru agen
e)Tatacara pembaharuan lesen
f)Pas Pengenalan
g)Penganugerahan
h)Penamatan kelulusan
i)Hukuman
Kod Etika Agen Kastam (Lampiran A PTK Bil.45)


11. Permodenan Jabatan
a)Pendahuluan
b)Kepentingan
c)Jenis-jenis aplikasi elektronik
i) Pengikraran (EDI / SMK)
ii)Pemeriksaan (Mesin pengimbas)
iii)Pembayaran cukai (EFT / e-Eksais)
iv)Tariff finder
v)e-Lesen
vi)e-Permit
vii)e-VIS
viii)e-Manifest
ix)Paperless
x)CVI (Customs Verification Initiative)
xi)(Gate Control System)National / ASEAN Single Window
xii)Laman Web
xiii)Revenue Monitoring System (RMS)

12. Integriti dan Etika dalam Perniagaan
a) Integriti dan Kod etika
b) Peringkat-peringkat integriti / etika perniagaan
c) Pentakulan (reasoning) integriti / etika perniagaan
d) Penggunaan standard moral dalam penentuan tingkah laku etika
e) Kod Etika Agen Kastam





 sumber:
http://kastammelaka.gov.my