Tuesday 28 June 2011

Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (part 2)

4. Berkhidmat dengan memupuk muhibbah dan kemesraan
.. Hayati keperluan masyarakat berbilang kaum dan budaya
.. Sifat muhibbah tidak terhad di pejabat
.. Mengawal perasaan
.. Sabar, bertimbangrasa, selalu senyum, beri layanan mesra tanpa pilih kasih
.. Cekal hadapi cabaran


5. Memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
.. Membimbing rakyat dimasa sesuai
.. Menyedarkan rakyat tentang pembangunan
.. Meninggikan taraf hidup rakyat
.. Memahami dasar-dasar kerajaan
.. Melibatkan rakyat dalam aktiviti pembangunan
.. Melibatkan diri dalam kerja sukarela


6. Bersama membanteras musuh dan kelemahan negara
.. Bersih daripada penyelewengan/ korupsi
.. Bersama membanteras
.. Kemiskinan
.. Kejahilan
.. Subversif
.. Pelampau
.. Dadah, dll
.. Memupuk permuafakatan dan persefahaman


7. Berpegang teguh kepada ajaran agama
.. Agama itu sendiri membawa nilai-nilai yang baik dalam membentuk yang jujur, cekap dan berkesan.



TONGGAK 12

1. Menghargai masa
2. Ketekunan membawa kejayaan
3. Keseronokan bekerja
4. Kemuliaan kesederhanaan
5. Ketinggian peribadi
6. Kekuatan sifat baik hati
7. Pengaruh teladan
8. Kewajipan menjalankan tugas
9. Kebijaksanaan berhemat
10. Keutamaan kesabaran
11. Peningkatan bakat
12. Nikmat mencipta



STRATEGI MEMUPUK AMALAN NILAI DAN ETIKA MURNI

.. Peringkat penggalakan - usaha berterusan
.. Peringkat diagnosis - mengenal pasti masalah
.. Peringkat intervensi - mengatasi masalah
.. Peringkat penilaian - meneliti semula kekuatan dan kelemahan
.. Peringkat pengukuhan – pemantapan melalui latihan berterusan



PENGGALAKAN AMALAN NILAI DAN ETIKA SECARA BERTERUSAN

.. Mewujudkan sudut Q
.. Bentuk kelab pidato
.. Adakan latihan bina sikap
.. Adakan perbincangan mingguan / bulanan
.. Wujudkan kelab kreatif
.. Adakan ceramah berkala
.. Banyakkan anugerah serta pengiktirafan
.. Terbit / beli buku bacaan
.. KMK



sumber : Kementerian Pertahanan

Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (part 1)

HARAPAN KERAJAAN 

“PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI AKAN DAPAT MENGAWAL DARIPADA ANCAMAN PELBAGAI BENTUK RASUAH DAN PENYELEWENGAN KUASA”

“MELAKSANAKAN AKTIVITI PENGGALAKAN, PENERAPAN SERTA PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI DAN ETIKA BAGI MEMPERKUKUHKAN TAHAP INTEGRITI PEGAWAI DAN STAF DI JABATAN BERKENAAN”
                              ARAHAN YAB PM -TAHUN 1998



 MATLAMAT KERAJAAN

"MEWUJUDKAN PENTADBIRAN KERAJAAN DAN PERKHIDMATAN AWAM YANG CEKAP, BERDISIPLIN SERTA MEMPUNYAI INTEGRITI YANG TINGGI DENGAN PENINGKATKAN AMALAN NILAI-NILAI MURNI, DISAMPING BERUSAHA MENGATASI MASALAH DAN KELEMAHAN TERUTAMANYA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN, PENTADBIRAN AWAM, PENGENDALIAN KES-KES TATATERTIB, RASUAH, PENYALAHGUNAAN KUASA DAN PENYELEWENGAN YANG DITEGAH OLEH PERATURAN, PERUNDANGAN DAN AGAMA”



PENGHAYATAN NILAI DAN ETIKA PA 

Beberapa dasar/pekeliling dikeluarkan agar nilai dan etika perkhidmatan awam dihayati,contoh:

..Teras Perkhidmatan Awam
..Tonggak 12 Perkhidmatan Awam
..Dasar Pandang ke Timur
..Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran
..Kepimpinan melalui teladan
..Gerakan Budaya Kerja Cemerlang
..Pengurusan Kualiti dan Anugerah Kualiti
..KonsepPerkhidmatanCemerlang


TUJUAN NILAI DAN ETIKA PA
..Meninggikan mutu perkhidmatan awam
..Memelihara kepercayaan awam
..Memupuk tanggungjawab bersama
..Mewujudkan suasana sihat dan cekap
..Mengeratkan hubungan sesama kakitangan
..Membentuk sikap dan pembawaan yang bersesuaian dengan Rukun Negara


SEBAB NILAI/ETIKA PA PERLU
..Permintaan perkhidmatan awam meningkat
..Curiga atas kemampuan perkhidmatan awam
..Azam kerajaan untuk meningkatkan imej dan mutu perkhidmatan awam
..Faktor lain ( persaingan globalisasi, ancaman keselamatan, kemerosotan ekonomi, gejala sosial, dll)


KEPENTINGAN NILAI/ETIKA PA
..Menentukan arah dan memberi makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkah laku bagi memenuhi tanggungjawab / amanah
..Memberi penyatuan dan penyelarasan diantara anggota perkhidmatan awam sebagai institusi utama pembangunan tamadun
..Merupakan standard bagi mendorong anggota dengan ikhlas dan berkesan


DEFINASI NILAI
..Kehendak dan keinginan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan berasaskan norma-norma utama,
..Meliputi perilaku dan amalan masyarakat

DEFINASI ETIKA
..Tanggungjawab dan tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat / pelanggan.


NILAI MURNI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
..Amanah
..Bertanggungjawab
..Bekerjasama
..Dedikasi
..Tekun
..Berdisplin



NILAI DAN ETIKA KERJA DALAM  PERKHIDMATAN AWAM

1. Nilai Peribadi Asas: Amanah, Berdedikasi, bertanggungjawab, Bersih, bekerjasama, sederhana
2. Nilai Yang Mengutamakan Pelanggan: berbudi mulia, bersabar, sopan santun, peramah
3. Nilai Kepimpinan: Adil, Berani, Syura
4. Nilai-nilai Profesionalisme: Berilmu, kreativiti, inovasi, integriti, neutraliti, akauntabiliti, kejujuran intelektual, berkecuali
5. Nilai Produktiviti/ Kualiti: Produktiviti, Kualiti
6. Nilai Keagamaan: Bersyukur, Beriman, bertaqwa


TERAS PERKHIDMATAN AWAM ( PERKHIDATAN CEMERLANG)

1. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab
3. Berusaha mengikis sikap pentingkan diri
4. Berkhidmat dengan muhibbah  /kemesraan
5. Bekerja kearah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
6. Bersama membanteras kelemahan/ musuh
7. Berpegang teguh kepada ajaran agama


1. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
.. Tingkatkan kemahiran menerusi latihan, pembacaan, menghadiri seminar/ bengkel
.. Sendiri mengatasi kelemahan diri
.. Menyumbang kepada meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan
.. Memupuk sikap kreatif dalam kerja
.. Mencari pembaharuan/ pemodenan dalam sistem kerja dan pengurusan

2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab
.. Menghayati spesifikasi kerja
.. Sumbangan tenaga yang lebih
.. Mencapai tingkat semaksima yang boleh
.. Menepati janji dalam bertugas/ ikrar
.. Memecahkan masalah tanpa arahan
.. Menyelesaikan masalah dengan cepat
.. Menghadapi tugas harian dengan dedikasi

3. Berusaha mengikis sikap pentingkan diri
.. Tindakan selaras dengan cita-cita negara
.. Bukan untuk keuntungan sendiri
.. Hapuskan sifat sombong/ bongkak
.. Gunakan kuasa dan wang dengan saksama dan cermat
.. Berkomunikasi dengan berkesan

Monday 27 June 2011

Tonggak 12 Perkhidmatan Awam

(THE TWELVE PILLARS)


1. MENGHARGAI MASA

amalan positif
  • menepati masa
  • menyegerakan tugas
  • mempunyai perancangan waktu
  • bijak menguruskan tempoh masa yang diberi
  • menumpukan masa pada kerja2 yang produktif dan kreatif
  • menetapkan target date untuk menyiapkan kerja
  • menyelasaikan tugas dalam masa
 amalan negatif dan dilarang
  • berbual2 kosong dan tak menyegerakan tugas
  • tak ada sense of urgency dan tak merancang pekerjaan
  • tak ada priority
  • melayan tetamu yang tak berkenaan
  • tinggalkan pejabat untuk tujuan peribadi dan membuat kerja peribadi di pejabat
  •  berniaga di waktu pejabat dan membuat kerja yang tak mustahak
  • ke kantin pada waktu bertugas dan tak peka pada pembaziran masa

2. KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN

amalan positif
  • gigih dalam melaksana tugas yg mencabar
  • rajin dan sentiasa berusaha
  • tekun dalam melaksanakan tugas
  • sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan
  • berdisiplin dalam setiap pekerjaan
  • berpandangan jauh
  • bersemangat dalam melaksana tugas yg diarah
  • dedikasi dalam melaksanakan tugas yg diarah
  • sanggup bekorban
  •  tak patah semangat
 amalan negatif dan dilarang
  •  mudah tersinggung dan kurang berdisiplin
  •  mudah putus asa dan tak tekun
  • mudah mengalah dan tak bercita2 tinggi
  • tsk bersemangat dan tak tahan kena marah
  • tak ada inisiatif dan tak kreaif
  • suka bertangguh 
  • bila  disuruh baru buat

 3. KESERONOKAN BEKERJA

amalan positif
  •  menganggap kerja sebagai ibadah
  •  mempunyai inisiatif yg tersendiri
  • menghasilkan sesuatu yg berfaedah
  • mempunyai komitmen terhadap kerja
  • sedia memberi kerjasama
amalan negatif
  • menganggap kerja sebagai beban dan tak komited
  • sentiasa mengharap dorongan dari ketua
  • tidak diberi masa yg mncukupi
  • kerja tidak diiktiraf
  • hanya menunggu arahan dan tidak berdisiplin
  • tidak suka menolong dan tidak diberi tugas yg mencabar
  • tiada peluang untuk meningkat dan tidak boleh di  percayai

4.  KEMULIAAN KESERDAHANAAN
(The Dignity of Simplicity)

amalan positif
  • jelas dan jitu dalam percakapan, penulisan dan percakapan
  • tidak tamak pangkat dan kedudukan
  • tidak membazir dalam kewangan pejabat
  • bersifat pemaaf dan boleh menerima tuguran
  • berlaku adil dan menepati janji
  • sedia meneriama cadangan dan nasihat
  • jurjur , ikhlas dan merendah diri
  • bijaksana dalam membuat pertimbangan
  • bermaruah dan berhemah tinggi
  • berjimat cermat dan berhemat dalam kata2
  • mesra dalam pergaulan dan senang didampingi oleh semua pihak
amalan negatif
  • menonjol2 kan diri
  • bercakap dengan menggunakan perkataan bombastik
  • berkelakuan mengada-ngada, sombong dan meninggi diri
  • menykarkan persoalan yg mudah dan memperbersarkan pekara kecil
  • kedekut atau berlebihan dalam memenuhi keperluan organisasi
  • berlebihan dalam mengampu ketua
  • memperagakan kemewahan dan kedudukan
  • membazir dan merosakkan harta kerajaan
  • bersifat melampau dan keterlaluan dalam semua hal


5. KETINGGIAN PERIBADI
(The Worth of Character)

amalan positif
  •  teguh iman dan takwa dalam setiap tindakan
  • amanah, ikhlas, berilmu dan berpengetahuan luas
  • adil dan sedia bekorban
  • berlumba2 dalam membuat kebajikan
  • sabar, bertimbang rasa dan bertolak ansur serta sopan santun dan keserdahanaan
  • taat setia dan patuh pada arahan
  • berani dan bertanggungjwab
  • cergas dan cekap dalam menjalankan tugas
  • bekerjasa sama dan saling menghormati


6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
(The Power of Kindness)
  • bersopan santun setiap masa
  • pemaaf dan berhemah tinggi
  • Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain 
  • Ikhlas dan bertimbang rasa  
  • Pemurah dalam usaha kebaikan 
  • Mudah mesra dan bekerjasama 
  • Merendah diri 
  • Berbudi mulia 
  • Boleh menerima teguran 
  • Berlaku adil dalam semua tindakan 
  • Sedia menerima cadangan 


7.  PENGARUH TELADAN

(The Influence of Examples)
-Sentiasa berkelakuan baik
-Tidak tamak kepada harta dan kedudukan
-Bermoral dan berakhlak tinggi
-Tertib dan beradab sepanjang masa
-Rajin dan kuat bekerja
-Amanah dan bertanggungjawab
-Jujur dan ikhlas dalam setiap usaha
-Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri
-Berpandangan jauh
-Berdisiplin dalam semua tindakan
-Sanggup berkorban setiap ketika
-Bekerjasama untuk kebaikan
-Sederhana dalam tindakan dan tegur kata
-Berani mempertahankan kebaikan dan kebenaran
-Berbudi mulia serta merendah diri
-Gemar dan cintakan ilmu yang bermanfaat
-Bersih hati dan fikiran
 

8. KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS
(The Obligation of Duty)

-Sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan
-Tekun dan sabar menjalankan tugas
-Selalu mempunyai inisiatif sendiri
-Boleh diharap untuk menyempurnakan tugas
-Mementingkan kualiti
-Cergas dan pantas bekerja
-Cermat dan berdisiplin dalam segala perkara
-Accountable
-Sentiasa belajar dari kesalahan
-Bersikap profesional dan cekap


9. KEBIJAKSANAAN BERHEMAT
(The Wisdom of Economy)

-Berhati-hati bila berbelanja
-Accountable
-Tidak membazir harta kerajaan
-Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan
-Menyelenggara harta benda kerajaan dengan baik
-Bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan
-Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
-Menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat


10. KEUTAMAAN KESABARAN
(The Virtue of Patience)

-Tenang menghadapi masalah rumit
-Mempunyai perhitungan jauh
-Tahan menerima cabaran
-Tidak putus asa
-Pemaaf dan berhemah tinggi
-Cermat dalam tutur kata


11. PENINGKATAN BAKAT
(The Improvement of Talent)

-Memberi dorongan terhadap kreativiti
-Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha original
-Memberi galakan kepada pemikiran baru
-Berani mencuba idea-idea baru
-Mengenal bakat-bakat yang ada
-Memupuk bakat-bakat yang ada
-Menggalakkan percambahan fikiran
-Menyediakan persekitaran dan suasana yang dapat melahirkan idea-idea kreatif


12. NIKMAT MENCIPTA
(The Joy of Originating)

-Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan
-Sentiasa berada dalam cabaran intelektual
-Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah
-Over-zealous dengan pekerjaan
-Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran
-Senang ‘bermain’ dengan idea dan berani mencuba